Photo Albums at WiddlyTinks.com

2 Hati Menjadi Satu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 28 Januari 2010

Santapan para jemputan...

Adalah perkara yang dititik beratkan oleh mak aku a.k.a ma'am besar...hehehehe....Biasalah selalunya yang mengambil berat soalan makanan adalah orang tua.

Perancangan awal mak aku adalah untuk masak secara bersama-sama / rewang...walaupun aku hidup di bandar k.l ni, adat rewang masih diterapkan di kawasan perumahan aku. Tetapi memandangkan arwah ayah sudah tiada kakak2 aku bagi cadangan untuk menempah katering sahaja bagi memudahkan mak aku.

Akhirnya mak bersetuju untuk memilih catering semasa majlis perkahwinan aku. Setelah berpuluh2 katering aku survey, mak berkenan dengan katering yang dicadangkan oleh angah aku iaitu NMR Katering dari keramat coz angah aku kata sedap.Kalau tak sedap sila salahkan dia =)

Ini adalah pakej yang ditawarkan :-

A. PAKEJ STANDARD (RM 10.00)
* Nasi Briyani Johor / Nasi Putih
* Ayam Masak Merah
* Daging Masak Briyani
* Dalca Daging + Sayur
* Acar Buah
* Pepedum
* Buah Limau
* Bubur Kacang
* Air Sirap
PAKEJ TERMASUK :-
* Decoration Meja Pengantin
* Santapan Raja Sehari = 10 pax*
*2 Set Meja VIP (Dome Service)
* Red Carpet
* Kerusi Plastik
* Meja Bulat
* Pramusaji

B. PAKEJ LENGKAP (RM 11.00)
* Nasi Briyani Johor / Nasi Putih
* Ayam Masak Merah
* Daging Masak Briyani
* Dalca Daging + Sayur
* Pepedum
* Acar Buah
* Buah Limau
* Bubur Kacang
* Air Sirap
PAKEJ TERMASUK :-
* Kanopi Pyramid (with scallop)
* 2 Set Meja VIP (Dome Service)
* Decoration Meja Pengantin
* Santapan Raja Sehari = 10 pax
* Pramusaji

C. PAKEJ X –TRA (RM 13.00)
* Nasi Briyani Johor / Nasi Putih
* Ayam Masak Merah
* Daging Masak Briyani
* Dalca Daging + Sayur
* Sambal sotong
* Acar Buah
* Pepedum
* Buah Limau
* Bubur Kacang
* Air Sirap
PAKEJ TERMASUK :-
* Kanopi Arabian (with scallop)
* 2 Set Meja VIP (Dome Service)
* Set P.A System
* Decoration Meja Pengantin
* Santapan Raja Sehari = 10 pax
* Pramusaji

Keistimewaan katering adalah kita tak perlu bersusah payah dan segala2 nya telah tersedia dan termasuk jugak dengan kemudahan kanopy dimana aku tidak perlu lagi bersusah payah mencari kanopy....So katering untuk majlis resepsi aku sudah selesai..

Manakala katering majlis malam berinai perlu ditempah dari orang lain memandangkan katering tidak megambil tempahan kerana sibuk untuk penyediaan majlis resepsi.Jadi mak aku maklumkan untuk menempah kawan along masa aku bertunang hari tu =)

Note : Katering dan Kanopi selesai..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails