Photo Albums at WiddlyTinks.com

2 Hati Menjadi Satu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Memaparkan catatan dengan label Wedding Planner Ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wedding Planner Ku. Papar semua catatan

Selasa, 9 Mac 2010

My Best Wedding Planner !!!!

Baru rasa nak mengupdate blog....hehehehehe...bila sifat rajin tu datang mula la nak update semuanya....hari jumaat lepas (05032010) aku dan my hubby pergi ke butik Inspirasi Cinta di alam damai untuk mengambil bekas2 barang hantaran...baik betul abg zam ni, bagi aku pinjam je bekas2 tu tanpa extra charge pun.....hehehehehehe....

Selain daripada itu banyak benda hendak dibincangkan dan perlu memfitting baju!!!!!!!!!!!!jantung terus luluh beb bila tgk baju yang perlu dicuba sambil diperhatikan je oleh my tunang...hehehehehe...aku biasala mencuba mesti ada gaya, siap posing macam model majalah pengantin, mana tak teruja beb siap diletakkan crown lagi...owh masa tu rasa ya allah! cantik nya(perasaan je aku ni)...hehehehehehe=)


Aku sangat teruja bila dipasangkan baju bersanding aku tu, abg zam buat baru dan reka khas untuk aku taw!jadi aku org 1st yang pakai baju tu =)....rasa teruja sangat bila cuba dress tu...hahahahaha berangan kejap ngan crown tu, cik tunang cuma tersenyum saja melihat aksi aku tu..hehehehehehe=)
Boleh tak ulang ke masa lalu bagi mengenang baju yang aku teruja sangat tgk, tapi aku rasa mesti mahal, butik terkenal beb!..lawa gile baju itu, tpi baju tu tak sama dgn baju sanding aku! cuma aku suka design nya sahaja dan aku sedar aku tak mampu nak upah wedding planner se top ini, tapi aku berpuas hati ada weddinhg planner macam abg zam yang menitik beratkan kepuasan pelanggan....hehehehehe

 

 

~ Cantik gile baju di atas ni milik butik syahrir...wedding planner yang dah terkenal tu, ambil gambar dr luar  je =) ~

Selepas mencuba baju sanding, mencuba baju malam berinai plak,  hahahahahahaha...sangat teruja bila kak siti cakap " badan pza lawa la"....kembang gile aku beb masa tu!......bertambah teruja apabila mengenakan aksesori tambahan yang sangat tradisional itu!....macam ne la rupa aku nanti bila memakai benda tu masa malam berinai nanti =)

Sebelum balik tu abg zam cuma memesan akan menghias bilik hari khamis dan memasang pelamin pada hari jumaat, ha!cepatnya masa berlalu....aku tak penah nak suruh buat macam ni, buat macam tu sebab aku percaya dengan karya abg zam dan kalau nak cerewet sgt tak yah upah wedding planner jadi je sendiri!..hehehehehehehe=)

Note : Rasa sekejap betul masa berlalu =) 



Selasa, 2 Februari 2010

Wedding planner lyndarahim =)

Aku sangat teruja tgk blog dia, seeorang wedding planner yang bagus....aku suka apa yang dia ketengahkan....salah satunya aku suka sangat pelamin ni...aku sekrang dalam proses mencari idea pelamin aku....=)


 

~ Pelamin masa kini yang sangat cantik...impianku~


Bercakap pasal wedding planner, aku ingat nak jumpa abg zam nak g bincang pasal wedding aku tapi semuanya aku serahkan je kat dia, pasal majlis kahwin aku pun biasa je =) 

Note : Bestnya kalau ada butik sendiri kan =)


Jumaat, 29 Januari 2010

Saya buatkan awak baju baru ye.......

Itulah ucapan keramat dari wedding planner aku a.k.a abg zamri =) apabila dia nak design baju baru untuk majlis resepsi aku tu nanti....(dalam hati melonjak2 kegembiraan)...

Bile abg zam cakap mcm tu, dalam kepala otak aku mula berpk fesyen apa yang aku ingini....untuk pengetahuan ramai aku tak cerewet dan kenapa aku mengupah wedding planner becoz of this la, dia boleh memikirkan apa yang sesuai untuk aku....

Dia dah design untuk aku fesyen nyen dan aku ada menambah sedikit...aku tak sabar nak tunggu hasilnya!!!!!!!!!!!.....aku tak nak la berharap terlalu tinggi coz takut tak jadi apa yang aku impikan dan bayaran aku takdela mahal sgt nak demand2 sgt kan!!!tak sesuai ok!!!!

Aku ada la berangan2 nak baju aku lebih kurang macam ni, lebih kurang ok bukan betul2 sama macam ni...

 

-Aku suka butang macam ni-

 

- Aku suka design macam ni -

Note : Huh harap baju muat untuk fitting bulan depan~

Khamis, 28 Januari 2010

Pelamin angganku =)

Aku tak lah terlalu moden tetapi aku jenis up to date, aku suka benda yang baru....tak semestinya aku tak suka yang old fashion tp cita rasa aku mmg sebegitu...

Setelah puas aku melihat pelamin2 di dalam online aku mmg minat pelamin yang macam ni, nampak ringkas, moden dan up to date =)



Note : Walaupun ruang aku mungkin kecil untuk menempatkan pelamin aku harap wedding planner dapat memberi pelamin seperti yang aku inginkan =)

Selasa, 26 Januari 2010

My Wedding Planner

Salah satu daripada part yang penting dalam perkahwinan ini adalah "wedding planner" ataupun "Perancang Perkahwinan".Aku memilih untuk mendapatkan khidmat wedding planner adalah kerana dia dapat memberikan pendapat dari segala segi dalam majlis perkahwinan aku.Kalau diikutkan boleh untuk memilih mak andam sahaja tetapi apa yang dapat diberikan terhad kerana mereka hanya memberikan apa yang kita nak dan bukan apa yang sesuai dengan kehendak yang kita nak tu =)

Tapi zaman sekarang lebih banyak wedding planner daripada mak andam. Act. aku jumpa abg zamri ni a.k.a "my wedding planner" melalui isterinya =)

Abg zamri banyak menolong aku dalam membuat persiapan dari persiapan majlis nikah, malam berinai hinggalah ke majlis besar kami, tq abg zamri coz banyak memberi pandangan dan bantuan kepada majlis kami.

Sesiapa yang masih mancari wedding planner boleh la mencuba abg zamri di :-
http://butterfly1012.fotopages.com/

Note:- Tak sabar nak tengok hasil abg zamri =)
Related Posts with Thumbnails