Photo Albums at WiddlyTinks.com

2 Hati Menjadi Satu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 31 Januari 2010

Jangan serabutkan kepala ok =)

Permasalahan yang paling sengal sekarang aku lalui..hehehehehehe=)....permasalahan yang berlaku apabila mak aku last minit nak tukar doorgift untuk orang ramai tu..hahahahahahaa

Mule-mule along aku nak sponor manisan utk orang ramai tu mini kek cokelat, dengan harapan muat la nak letak sekali bersama doorgift dari aku dalam paper beg from ole-ole manis...=)

 

~ Lebih kurang la idea asal yang nak di sponsor along aku ni ~


Tapi last minit, ma'am besar reject plak idea along..hahahahahaha..kesian along n jugak aku =P kena beli paper beg lain untuk masukkan semua benda aku beli tu..hahahahhahhaha...antara satu benda yang aku rasa tak dirancang dengan baik...huhuhu....moral dr story aku ni,silalah berbincang dahulu dengan orang tua tentang apa yang nak diberi kepada tetamu kerana diaorg sgt mengambil kisah hal ni....=)

Benda yang merungsingkan aku apa yang nak diletakkan tu adalah benda di bawah ni =)....Mak aku beli kat klang, dia jual ikut kapisiti tempahan...kalau 1000 biji tanpa deco = RM1.00, kalau with deco tambah la beberapa sen=)

 

~ tidakkah sizenya berbeza dengan idea kek mini along aku tuh~



~ Aku suka packaging mcm ni, tp mahal la =P ~


Jadi senarai doorgift buat masa ni=)

i. Jemputan Biasa (Kawan2 tercinta) = Bahulu kemboja, bakul mengkuang pink roses + sapu tgn inside
ii. Jemputan VVIP= Bahulu kemboja, sapu tangan, bekas seramik kk homedeco+sweet inside

Note : Harap ni la doorgift yang betul2 confirm.........aku takde masa lagi untuk siapkan goodies aku ni =(

Apa yang diperlukan??

Sudah menjd kemestian dalam adat perkahwinan, kamar tidur pengantin perlu dihias mengikut cita rasa dan konsep dalam perkahwinan masing2.

Apa yang diperlukan??

Perkara :-

1.Set perabot / penghawa dingin (yang mana perlu)
2.Tilam
3.Cadar
4.Langsir
5.Aksesori ( hiasan oleh abg zam)




Berbalik pada hiasan bilik tidur ni, hiasan bilik tidur ni tak jadi masalah sangat pada aku coz aku hanya perlu cari langsir dan cadar sahaja.Manakala hiasan bilik tidur aku serahkan kepada abg zam untuk hias mengikut cita rasa aku.

Apa pun aku perlu beli lebih meter langsir coz mak aku dah siap pasang tempat langsir di sekeliling bilik maksudnya langsir penuh di dalam bilik...act bilik pasang macam ni kita tak payah pk tentang cat tetapi kalau rasa raji boleh je nak cat bilik =)

Penat & lenguh kaki tangan aku beli langsir hari tu, nasib my tunang temankan aku & mak, kalau tak patah tangan mengangkat kain langsir yang berpuluh2 meter tu....apa pun pilihan langsir aku serahkan kat mak, dia pandai jugak memilih coz dia tukang jahit kan dulu coz dia pandai nak pilih kain macam ne yang sesuai..tq mak coz sudi nak jahitkan langsir anakmu ini =)

 


  

  


Note : Mahukan bilik tidur yang manis dipandang n simple...tak suka crowded2...


Jumaat, 29 Januari 2010

aku terima nikahnya.....

Itulah kata2 keramat dan menyayat hati bagi setiap individu yang melangsungkan perkahwinan...sebelum kata-kata keramat tu hadir dalam hidup aku, aku perlu pk baju apa aku harus pakai semasa majlis pernikahan tersebut =)..hohohoho

Perancangan awal aku nak buat baju kurung moden, tangan cangkuk atau getah, kain plak duyung....aku beli kainnya kat gulatis masa tu YES, so harga berpatutan la dan semestinya aku memilih kain jenis siffon but tak dapat nak take picture sebab kain nikah dah bg kat abg zam....

Tetapi bile berbincang dengan wedding planner aku, terus idea baju nikah aku bertukar totally menjadi lain =)...tak sabar menantikan baju tu siap, harap baju nikah aku sedap mata memandang sesuai dengan majlis pernikahan....

Aku suka sangat baju ain kembar ekin masa majlis pernikahan dia, tak nampak sangat la gambar ni, tapi aku mmg minat style butang depan coz macam dah jd trend baru plak bagi aku.....

 

 


Note : Mahu mencari tips menghilangkan gementar semasa nikah untuk diberikan kepada my tunang =)

Saya buatkan awak baju baru ye.......

Itulah ucapan keramat dari wedding planner aku a.k.a abg zamri =) apabila dia nak design baju baru untuk majlis resepsi aku tu nanti....(dalam hati melonjak2 kegembiraan)...

Bile abg zam cakap mcm tu, dalam kepala otak aku mula berpk fesyen apa yang aku ingini....untuk pengetahuan ramai aku tak cerewet dan kenapa aku mengupah wedding planner becoz of this la, dia boleh memikirkan apa yang sesuai untuk aku....

Dia dah design untuk aku fesyen nyen dan aku ada menambah sedikit...aku tak sabar nak tunggu hasilnya!!!!!!!!!!!.....aku tak nak la berharap terlalu tinggi coz takut tak jadi apa yang aku impikan dan bayaran aku takdela mahal sgt nak demand2 sgt kan!!!tak sesuai ok!!!!

Aku ada la berangan2 nak baju aku lebih kurang macam ni, lebih kurang ok bukan betul2 sama macam ni...

 

-Aku suka butang macam ni-

 

- Aku suka design macam ni -

Note : Huh harap baju muat untuk fitting bulan depan~

Nak warna apa ni?????

Seriously aku sampai sekarang tak tahu nak letak tema apa untuk gubahan hantaran aku....Hantaran aku, kawan along aku buatkan...aku tempah kat dia je...dia bt nice jugak masa wedding along aku...

Tak semestinya warna tema aku pink aku perlu buat hantaran pink kan????erm aku terpk nak buat warna krim n hijau epal yang ada ala2 beading kat baju nikah aku....tapi not so sure lagi...masih la dalam penjelajahan mencari warna hantaran ku =)

Tapi aku minat la ngan gubahan hantaran dan warna seperti beberapa kat bawah ni =)



Pilihan Pertama = Silver


Pilihan kedua = pink green

                    
Pilihan Ketiga - Peach Pink

 

Pilihan Ke-4 = Putih Pink


Note : Tak kisah sangat sebab sy ni bukan jenis yang cerewet asalkan ia cantik, bertuah kan dapat customer macam sy =)

Khamis, 28 Januari 2010

Pelamin angganku =)

Aku tak lah terlalu moden tetapi aku jenis up to date, aku suka benda yang baru....tak semestinya aku tak suka yang old fashion tp cita rasa aku mmg sebegitu...

Setelah puas aku melihat pelamin2 di dalam online aku mmg minat pelamin yang macam ni, nampak ringkas, moden dan up to date =)



Note : Walaupun ruang aku mungkin kecil untuk menempatkan pelamin aku harap wedding planner dapat memberi pelamin seperti yang aku inginkan =)

cantiknya kek itu!!!

Aku sangat suka tgk Foundant Cake ni masa wedding along aku....dia buat kat hanimcake kat batu caves, lawa jugak kek nya sebab aku dah bosan la secret recepi coz masa tunang aku dah dapat cake tu...nak tgk kek along aku tu =)


~Hantaran along kepada abg kamal~


Aku dah servey2 la kek kat kedai dia n aku suka la kek macam ni sebagai hantaran aku =)



Manakala kek untuk kek pengantin aku suka yang ni but ia telah dimasukkan dalam pakej wedding planner aku, cuma aku harap dapat kek macam ni lah =)



Note :Thanks A lot to my lovely cousin coz sponsor foundant cake ni, thanks bro =)

Mahukan Kelainan tetapi.........=(

Semasa perancangan awal wif my older sister dia nak taja kek cokelat empat segi tu.....so aku pun dengan yakin mencari doorgift dan paper beg yang sweet....pink of course!

So bile aku tgk paper beg ni dalam laman web ole-ole manis from nardea shah alam, aku rasakan muat dengan goodies n kek yang nak dimasukkan tuh.....

Ni paper beg yang aku suka tu........Suka sangat2 coz rasa lawa la.....



Then bila dan bincang2 ngan my tunang dia pun setuju la nak beli paper beg tu dan tag nama kitaorg dah siap tau...rasa teruja je tgk tag tu =)............

 Tapi last minute ma'am besar nak tukar kek tu jadi lain dimana tak muat la paper beg aku kat atas tuh :(...sobsobsob------sedih tau.....dengan keadaan terpaksa aku kena cari paper beg lain untuk muatkan barang2 di bawah :-
i. Doorgift
ii.Pencuci mulut
iii.Paper beg ole-ole manis ni...

Note : Aku bercadang nak masukkan doorgift aku ke dalam paper beg ole-ole ni at least takde pembaziran......

1...2...3....Pose!!!!!!

Kamera situ sana sini......aku seorang yang sangat suka bergambar, sebab aku rasakan gambar itu boleh dijadikan kenangan terindah di mana setiap perkara yang terjadi dalam hidup aku.....

So of course i need photogrpher for my precious moment in my life 4 ever!!!!!!!, bab photographer ni aku tak berapa ambik kisah sangat coz aku dah ada photographer untuk wedding aku =) dimana insan yang bertanggungjawab ke atas gambar2 aku semasa majlis pertunanganku pada 03 Oktober 2009 yang lalu.

So why aku nak cari photographer lain jika aku dah dapat yang sesuai dengan aku kan......Nak tgk hasilnya??=)


 


 


Note : Jika mahu khidmatnya just link to http://encikjamilmadu3.wordpress.com/....Harga berpatutan =)

Santapan para jemputan...

Adalah perkara yang dititik beratkan oleh mak aku a.k.a ma'am besar...hehehehe....Biasalah selalunya yang mengambil berat soalan makanan adalah orang tua.

Perancangan awal mak aku adalah untuk masak secara bersama-sama / rewang...walaupun aku hidup di bandar k.l ni, adat rewang masih diterapkan di kawasan perumahan aku. Tetapi memandangkan arwah ayah sudah tiada kakak2 aku bagi cadangan untuk menempah katering sahaja bagi memudahkan mak aku.

Akhirnya mak bersetuju untuk memilih catering semasa majlis perkahwinan aku. Setelah berpuluh2 katering aku survey, mak berkenan dengan katering yang dicadangkan oleh angah aku iaitu NMR Katering dari keramat coz angah aku kata sedap.Kalau tak sedap sila salahkan dia =)

Ini adalah pakej yang ditawarkan :-

A. PAKEJ STANDARD (RM 10.00)
* Nasi Briyani Johor / Nasi Putih
* Ayam Masak Merah
* Daging Masak Briyani
* Dalca Daging + Sayur
* Acar Buah
* Pepedum
* Buah Limau
* Bubur Kacang
* Air Sirap
PAKEJ TERMASUK :-
* Decoration Meja Pengantin
* Santapan Raja Sehari = 10 pax*
*2 Set Meja VIP (Dome Service)
* Red Carpet
* Kerusi Plastik
* Meja Bulat
* Pramusaji

B. PAKEJ LENGKAP (RM 11.00)
* Nasi Briyani Johor / Nasi Putih
* Ayam Masak Merah
* Daging Masak Briyani
* Dalca Daging + Sayur
* Pepedum
* Acar Buah
* Buah Limau
* Bubur Kacang
* Air Sirap
PAKEJ TERMASUK :-
* Kanopi Pyramid (with scallop)
* 2 Set Meja VIP (Dome Service)
* Decoration Meja Pengantin
* Santapan Raja Sehari = 10 pax
* Pramusaji

C. PAKEJ X –TRA (RM 13.00)
* Nasi Briyani Johor / Nasi Putih
* Ayam Masak Merah
* Daging Masak Briyani
* Dalca Daging + Sayur
* Sambal sotong
* Acar Buah
* Pepedum
* Buah Limau
* Bubur Kacang
* Air Sirap
PAKEJ TERMASUK :-
* Kanopi Arabian (with scallop)
* 2 Set Meja VIP (Dome Service)
* Set P.A System
* Decoration Meja Pengantin
* Santapan Raja Sehari = 10 pax
* Pramusaji

Keistimewaan katering adalah kita tak perlu bersusah payah dan segala2 nya telah tersedia dan termasuk jugak dengan kemudahan kanopy dimana aku tidak perlu lagi bersusah payah mencari kanopy....So katering untuk majlis resepsi aku sudah selesai..

Manakala katering majlis malam berinai perlu ditempah dari orang lain memandangkan katering tidak megambil tempahan kerana sibuk untuk penyediaan majlis resepsi.Jadi mak aku maklumkan untuk menempah kawan along masa aku bertunang hari tu =)

Note : Katering dan Kanopi selesai..=)

Rabu, 27 Januari 2010

Perkara yang paling penting dalam perkahwinan kami =)

Memandangkan aku baru mewujudkan blog jadi terpaksa la meng"update" banyak benda yang mana telah kami selesaikan sebelum blog ni terbina.

Selain daripada wedding planner, photogrepher or catering yang mana dapat menunjukkan perbelanjaan yang besar ada 1 benda dimana yang sangat penting w/pun bajet nya sangatla murah iaitu prosedur pernikahan....

Perkara yang perlu dititik beratkan ialah :-
i. Borang nikah
ii. Sijil Kursus Pra Kahwin
iii. HIV Test


Apa yang mengembirakan aku adalah semua perkara di atas telah aku selesaikan cuma borang nikah aku belum diserahkan kepada JAWI lagi dimana mule2 perasaan sedih terbit dihati aku apabila melihat perkataan ''WALI" yang seharusnya menjadi milik arwah ayahku =(, apakan daya aku hanya menerima takdirNya dengan ikhlas walaupun aku sedih apabila aku sedang meniti hari-hari bahagiaku tanpanya...Akhirnya wali diwakilkan oleh bapa saudaraku memandangkan adik aku tak cukup umur lagi....



Manakala my tunang telahpun dapat kebenaran nikah luar daerah daripada Jabatan Agama Islam Pahang.






So bile everthing dah complete means ktorang da g kursus kawin n hiv test dimana menunjukkan kami -ve =)


Note : Gementar la plak nak jumpa pak imam =)

Selasa, 26 Januari 2010

My Wedding Planner

Salah satu daripada part yang penting dalam perkahwinan ini adalah "wedding planner" ataupun "Perancang Perkahwinan".Aku memilih untuk mendapatkan khidmat wedding planner adalah kerana dia dapat memberikan pendapat dari segala segi dalam majlis perkahwinan aku.Kalau diikutkan boleh untuk memilih mak andam sahaja tetapi apa yang dapat diberikan terhad kerana mereka hanya memberikan apa yang kita nak dan bukan apa yang sesuai dengan kehendak yang kita nak tu =)

Tapi zaman sekarang lebih banyak wedding planner daripada mak andam. Act. aku jumpa abg zamri ni a.k.a "my wedding planner" melalui isterinya =)

Abg zamri banyak menolong aku dalam membuat persiapan dari persiapan majlis nikah, malam berinai hinggalah ke majlis besar kami, tq abg zamri coz banyak memberi pandangan dan bantuan kepada majlis kami.

Sesiapa yang masih mancari wedding planner boleh la mencuba abg zamri di :-
http://butterfly1012.fotopages.com/

Note:- Tak sabar nak tengok hasil abg zamri =)

Isnin, 25 Januari 2010

Doorgift untuk orang ramai

Aku sangat suka pergi ke kenduri kahwin dan melihat pemberian yang diberikan.Sekarang dah jadi macam trend plak doorgift pada para tetamu tetapi bagi aku ia terpulang pada kemampuan individu dan aku merasakan aku tahu sejauh mana tahap kemampuan aku.

Seperti yang aku kata, aku hanya membeli doorgift dari online atau survey di pusat-pusat perkahwinan.Puas jugak aku mencari doorgift yang sesuai untuk diberikan kepada orang ramai yang mana bo disimpan semestinya sebangai tanda kenangan.

Setelah berpuluh-puluh blog cenderahati perkawinan yang aku lihat aku tertarik dengan sejenis doorgift ini :-
i. harganya berpatutan dan mampu untuk aku membelinya
ii. ia boleh disimpan dan dijadikan kenangan
iii. ia cantik dan manis di mataku

Doorgift ini aku tempah melalui nisa di http://gardenofgalleria.fotopages.com/, so sesiapa yang berminat banyak jugak doorgift yang dia buat kalau masih mencari doorgift untuk perkahwinan..






Note : Dalam doorgift ni my mom nak letak sapu tangan =), Tq nisa untuk tempahan pza ni =)

My Doorgift to VVIP

Bercakap pasal doorgift ni, aku jenis bukan seorang yang kreatif dan tak suka buat keje remeh.So aku decide untuk beli yang readymade or tempah je yang ada banyak kat online at least aku boleh support keje diorg tuh.

Hari tu aku saja je berjalan kat KK Home Deco n tertarik ngan satu benda ni, my tunang kata benda ni boleh bagi kat vvip means untuk sebelah laki, sedara mara n my best friends.

Mungkin Doorgift ni aku masukkan dalam uncang organza pink je =)...... aku n my tunang beli 100 pcs & 50 pcs lagi disumbangkan oleh kawan baik aku aina , tq aina for sponsor 50pcs =)



Note : Tak tahu nak isi apa cuma pk nak letak dalam uncang organza yang beli kat ayer hitam=)

Ahad, 24 Januari 2010

Binwanis

Tinggal sebulan 3 minggu sahaja untuk majlis perkahwinan kami, so aku rasa ini masa yang dah kritikal nak cari baju untuk majlis bertandang lagi.Actually dalam otak aku tak terfikir pun warna pe coz aku nak serahkan kuasa memilih pada my tunang coz ni majlis sebelah dia.

So tadi masa berjalan-jalan di Alamanda ternampak Binwanis, so just terfikir nak survey je tapi ada satu warna kain ni buat aku n my tunang sangat2 teruja dan bersetuju nak warna tu.

Warna kain tu pun aku tak tahu nak kelaskan sebagai warna pe, ala2 biru tapi nak lite hijau sikit. Sememangnya my tunang n aku pun suka warna tu.

Mula2 aku macam tak setuju warna tu sebab beading tu ala-ala warna macam baju nikah kitaorg , tapi my tunang kata lain la sebab latar dia warnanya lain....And lastly kitorg decide beli jugak kain tu. Cuma kain satin nya tak cukup meter tapi takpe
kat branch ampang park ada stok lagi so esok kena la pick up kat ampang park.

Cuma dalam otak aku pk nak buat baju apa la ni, aku rasa baju kurung sahaja nampak manis dan boleh pakai lama kerana aku merasai badan aku akan naik so akan jadi sia2 je baju tu dalam almari jadi koleksi je :p




Note : Tak Sabar nak tengok hasil bajunya macam ne :P

Sabtu, 23 Januari 2010

Berapa ramai nak jemput ni?????


Persoalan yang mule2 hadir & menyerabutkan otak aku =), berapa ramai aku nak jemput & siapa pula ya??
Erm...kali ni aku kena tanya mak, along n angah berapa yang mereka nak untuk saudara mara dan kawan2..
Manakala kawan2 aku yang kena buat list jemputan, owh kena selongkar la barang2 lama nak cr alamat2 mereka kembali =)







List Tugasan:-
1. Mak = Sedara mara & jiran tetangga
2.Aku = Kawan2 terchinta

List jemputan aku :-
1. Kawan-kawan opis = ambik dari direktori opis je =)
2. Kawan-kawan sekolah = ambik dari majalah sekolah yang dipinjam dr lin =)
3. Kawan-kawan politeknik = mintak dr mereka & pertolongan khu =)
4. Kawan di Maybank = Mintak tkg shima =)
5. Kawan2 di UMM & Jiran di Avon
6. Kawan baik masa sekolah menengah dulu la yang mana bukan sama jantina =)

 

~ Nasib ada pertolongan dr directory~


 

~ Thanks pada pertolongan anda ye terutama khu =)~ 

  
~Senarai kawan2 sekolah menengah kebangsaan puteri wilayah...=)~


 So bila dah ada senarai ni barula boleh aku nak menempah kad kahwin aku, sebab kawan2 opis aku ramai buat kat LH creative aku pun ikut la buat kat situ =)
Note : Masih lagi semak list jemputan takut ada yang tertinggal, aku resrvekan lebih 50 keping mana2 last minit baru teringat.Kadang2 bukan kita tak nak jemput, tapi bila banyak benda nak dikejar smpi2 terlupa ...

Jumaat, 22 Januari 2010

Pink, Putih, Ungu, Hijau

Warna adalah satu perkara yang paling susah untuk aku fikirkan.Aku perlukan tema sebelum menyediakan semua persiapan kahwin.

Memandangkan aku ini adalah pengemar pink, apa salahnya aku mengabdikan perkahwinan aku tu dengan warna kegemaran aku dan aku tahu ia amat sukar untuk seorang laki menggunakannya jadi aku memasukkan unsur putih untuk majlis besar aku nanti, jadi pilihan aku untuk majlis besar aku adalah pink dan putih,             i luv in it =)

Setelah berbincang dengan wedding planner aku warna ungu amat sesuai dijadikan warna malam berinai memandangkan aku telah memilih warna pink untuk majlis besar kerana ia memudahkan untuk membuat pelamin untuk digunakan untuk kedua-dua majlis =)

And lastly, majlis pernikahan aku....takde warna tema pun just inginkan putih dan campuran hijau sedikit...kainnya kami tempah kerana my tunang suruh buat je baju nikah.=)

Note : tak sabar nak tgk hasilnya =)
Related Posts with Thumbnails