Photo Albums at WiddlyTinks.com

2 Hati Menjadi Satu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Memaparkan catatan dengan label Baju Nikah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baju Nikah. Papar semua catatan

Selasa, 9 Mac 2010

Baju Nikah Part Butang =)

Seperti yang aku katakan, aku nak buat baju nikah aku yang ada fesyen butang didepannya, walaupun tidak sama seperti baju nikah ain (kembar ekin) tetapi ianya memuaskan hati aku kerana aku rasa ia berpatutan dan jahitan nya sangat kemas, aku dah bawak g dry clean kerana pasti akan melihatnya tiap hari ketika balik keje dan akan dimarahi oleh ibuku pasti!....


Note : Perasaan yang mula rasa teruja ketika ini, rasa teruja ingin menyarungkan pakaian ini nanti =)

Ahad, 28 Februari 2010

Aku Mahu Melompat !!!!

Aku terfikir, petang ni lepas hantar adik aku g balik asrama nak jumpa kak siti wife kepada abg zam kat butik dia untuk ambik baju nikah....puas aku bertanya ngan kak siti berapa harga baju nikah tu, dia still senyap dan kata ''jumpa kat kedai''......

Semasa dalam perjalanan ke sana aku pun terfikir dalam otak aku apa yang bakal dikatakan oleh kak siti sebab dia tak nak bgtahu aku lanjut pasal baju nikah aku tu:-

1. Pza baju tu mahal sebab ada beading n kainnya susah nak jahit.
2. Pza, bajunya jahitannya tak berapa sbb tailor tu tersalah ukuran

Pap!Aku dikejutkan dengan suara lelaki...ngeh2.....

My hubby : Kenapa awak ni penat ke? senyap je.....

Cik Pza : Erm, takde la....(pdahal dlm otak aku berfikir macam2 je ni..uh!!!)

Sampai dibutik abg zam dengan penuh debaran.....

Kak Siti : Pza ni baju pza....

Cik Pza Dan My Tunang : Senyap dengan reaksi dibawah didalam hati

Cik Pza : Kak, baju bertandang pun dia dah siapkan, cepat btl kak!!! (dengan muka tersenyum)...

Kak Siti : A'ah, abg zam bising ckp wedding budak ni dah dekat baju nikah tak siap2, then tailor tu cepat2 buat baju bertandang pza sekali....

Cik Pza : Hehehehe bagusnya tailor tu,  Kak Siti berapa ye harga baju ni (Dalam hati yang berdebar2)

Kak Siti : @#&*+@!!

Cik Pza : @#&*+@!! ( Sampai 3x aku bertanyakan harga itu)


My Hubby : Jangan tanya lagi nanti dia cepat2 tukar harga..hehehehhe=)..
Cik Pza : Btl ke kak harga ni, jahitan dah la kemas harga murah plak tu, boleh la sy nak tempah baju kat dia pasni kan..hehehehehehe (dah pk jahat otak ni)

Kak Siti : Kalau pza nak tempah tak dapat la harga macam ni dia akan charge harga butik, kitaorg dpt  harga ni sebab harga wedding planner tapi kalau pza nak boleh la akak mintak kurang cikit....

Cik Pza : OIC, patutla harganya murah tp serius kak siti...pza puas hati dengan jahitannya...(sebab aku dah banyak g tailor kat kl, sumpah takkan dapat harga macam tu)

Kak Siti : Tailor ni memang butik pun kat TTDI, dah2 pergi try tgk ok ke tak dengan badan pza tu...

 

Aku pun pergi la mencuba baju nikah & baju bertandang tersebut...OMG!!!!!aku sangat teruja bila ia dipadankan ke badan aku, rasa berbaloi sangat dengan harga yang diberikan, tq abg zam coz menjadi wedding planner yang baik =)

 ~ Hehehe, tak sabar nak pakai masa nikah, act simple but nice~

Note : Yang penting my hubby pun puji baju nikah n bertandang ni lawa!!

Rabu, 24 Februari 2010

Fikiran yang mula melayang buat kali ke-2!

Kring.....kring.....kring......

Cik Pza lagi 2 minggu : Awak Private No. col la....

Bakal Suami lagi 2 minggu : Angkat la wak.....

Cik Pza lagi 2 minggu : Hello....

Private no : Pza! Abg Zam ni.....

Cik Pza  lagi 2 minggu : Owh abg zam ( wedding planner aku )

Abg Zam : Pza, baju nikah hujung minggu ni boleh ambil kat butik....

Cik Pza lagi 2 minggu : ok abg zam see u then!




Owh, ketika ini fikiran aku mula melayang lagi memikirkan macam ne la baju nikah aku ni, aku tak dapat gambarkan macam ne sbb wedding planner aku yang buatkan designnya.....hopefully muat dan lawa!.....

Note : Dah mula tak boleh menumpukan kerja pada ketika ini....ngee~~~

Jumaat, 29 Januari 2010

aku terima nikahnya.....

Itulah kata2 keramat dan menyayat hati bagi setiap individu yang melangsungkan perkahwinan...sebelum kata-kata keramat tu hadir dalam hidup aku, aku perlu pk baju apa aku harus pakai semasa majlis pernikahan tersebut =)..hohohoho

Perancangan awal aku nak buat baju kurung moden, tangan cangkuk atau getah, kain plak duyung....aku beli kainnya kat gulatis masa tu YES, so harga berpatutan la dan semestinya aku memilih kain jenis siffon but tak dapat nak take picture sebab kain nikah dah bg kat abg zam....

Tetapi bile berbincang dengan wedding planner aku, terus idea baju nikah aku bertukar totally menjadi lain =)...tak sabar menantikan baju tu siap, harap baju nikah aku sedap mata memandang sesuai dengan majlis pernikahan....

Aku suka sangat baju ain kembar ekin masa majlis pernikahan dia, tak nampak sangat la gambar ni, tapi aku mmg minat style butang depan coz macam dah jd trend baru plak bagi aku.....

 

 


Note : Mahu mencari tips menghilangkan gementar semasa nikah untuk diberikan kepada my tunang =)
Related Posts with Thumbnails