Photo Albums at WiddlyTinks.com

2 Hati Menjadi Satu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Memaparkan catatan dengan label Doorgift. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doorgift. Papar semua catatan

Selasa, 9 Mac 2010

Sesuaikah goddies macam tu???

Tidak dinafikan, apabila aku mengahadiri majlis perkahwinan perkara yang aku akan melihat adalah goddies(tujuan aku hanya untuk mencari inspirasi goddies ketika itu)......salah satu aspek yang bakal difikirkan oleh bakal pengantin adalah goddies yang nak diberikan kepada para tetamu sebagai tanda ikhlas tanda sudi menghadiri majlis kahwinnye.....

Ok, back to the story....aku ada terdengar ketika melihat majlis kawin seseorang dan terdengar perbualan dua orang wanita yang sedang asyik melihat pengantin bersanding....

Perempuan 1 : Cantikknya pelamin dia, ni mesti mahal sebab fresh flower......

Perempuan 2 : A'ah tapi kenapa goddies dia tak seglamor pelamin dia?

Aku agak tersentap apabila terdengar diaolog antara mereka, dalam fikiran aku terdetik :

i. Goddies yang bakal aku bagi tu ok ke tak?

ii. Adakah goddies yang bakal aku bagi cukup dengan tetamu yang datang?

iii. Sesuai ke goddies yang bakal aku berikan tu?

Sebenarnya perkara kecil pun boleh menjadi isu dalam sesautu majlis perkahwinan, aku bukan nak  kondem mereka yang diatas tu, tetapi pandangan ikhlas aku dari seorang yang bergelar pengantin hendak sentiasa ingin yang memberi terbaik kepada semua org. TETAPI IANYA MAMPU UNTUK DIBELI.... itu perkara utama yang perlu difikirkan...Jadi kalau itu sahaja yang mampu para pengantin beli terima sahaja la....

Kita sekarang sudah dilanda dgn idealogi yang "pergi kenduri kahwin MESTI ADA PAPER BEG''...sebenarnya ia tidak perlu kalau kita mampu bagi telur, bagi sahaja telur, kalau mampu bagi cokelat bagi cokelat...yang mana mampu untuk diberikan dan jangan pula apabila pengantin memberi macam2 dalam paper beg malah mengcomplaint kata nak menunjuk2, kadang2 aku terfikir bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak jadi hati kita sudah puas cukup la kan......kalau budaya sebegini melarat mungkin majlis perkahwinan akan menjdi bebanan kepada para pengantin kerana nak memikirkan kos paper beg tersebut...ikhlas la menghadiri majlis perkahwinan sesorang itu & jgn pergi kemajlis orang mengata majlis perkahwinan org kerana kita tidak tahu macam ne majlis perkahwinan kita @ keluarga kita.....hanya doakan kebahagian pengantin sahaja sudah memadai.....

Semalaman aku membuat goddies untuk si kecil buat untuk menambah kuantiti kerana mak sedara aku ada sponsor dan aku menambah kuantitinya memandangkan kawasan rumah aku boleh dikatakan ramai penduduk, rasa penat jugakla...aku sengaja nak buat sendiri tak nak beri pada lin dan ibunya sebab nak merasa buat sendiri....bayangkan dari jam 10 aku buat sambil lihat awan dania sehingga la jam 2 pagi baru settel....penatnya rasanya....macam ne la lin & mak nya tlg aku buat goddies yang beratus2 tu...tq alot sgt kat lin & maknya...kalau tak tak tahu bila siapnya beg2 goddies aku tu=)

 

  

~ Untuk si cilik sahaja =) ~


Aku sempat menjengling blog lin, wah sakan dia menyiapkan doorgift aku, macam ne la aku tak terharu ada kawan baik macam dia, tgk la berkotak2 goddies yang dia dah complete siapkan, kau memang assitant yang terbaik!!!!aku akan balas jasa ko nanti=)



~ paper beg from ole2 manis ~



  

 

~ Tq lin sbb siapkan berkotak2 goddies aku lin, kau mmg kawan terbaik..p/s gambar dicuri dari blog ko=) ~

Note : Rasa lega bab goddies dah settel

Isnin, 8 Mac 2010

Minggu yang sangat padat =)

Kepadatan perkara yang dilakukan minggu ni menyebabkan aku lambat mengupdate blog ni...hehehe,sorry ye cik timah....

Minggu terakhir sebagai "Bachelor" sangat memadatkan...ngeh=).....banyak perkara penting pasal perkahwinan aku selesaikan minggu ni jugak sebab sudah kesuntukkan masa.....banyak benda yang berlaku tapi semuanya baik2 sahaja...ngee~~~

Erm dari mana ya aku mahu memulai cerita, rasa beku otak ni nak memblog...hehehehehe....1st aku sangat2 teruja melampau setelah mencuba busana bersanding & malam berinai...tak tahu perasaan ni macam ne tapi sangat seronok rasa bagai permaisuri je, aku sukakan sangat busana rekaan abg zam yang khas untuk majlis aku......just wait and see =)

Hari sabtu lalu aku perlu bergegas berjumpa kak raby (yang buat hantaran aku) memberinya barang2 yang perlu digubahnya, hantaran aku tak pk sangat asal lawa dan berpatutan dah memadai bagi aku....=)...kemudian bergegas jumpa aizan dirumahnya untuk mengambil pelan rumah yang telah dia siapkan...thanks la buatkan ye aizan, asal nama n tarikh nama dah memadai =)....
 
Dan sabtu aku sungguh lengkap bila aku berjumpa dengan timah (kawan baik masa kat poli dah sehingga kini) dan jugak aina....mereka menemani aku untuk pergi ke kilang membuat bahulu untuk membuat pembayaran deposit...thanks ye kawan2 ku sayang kerana sudi mengambil bahulu tu sabtu ni secara ''suka rela''...hehehehehe=).....
 

~ Sempat bergambar sebelum g =)~

  

~ GPS memeberi arahan laluan=)~

  

~ Si pemandu (my hubby) & si 2nd GPS (tunang aina) ~

  

~ Tunjuk gambar tunang aina kat timah ~

 
~ BFF~
 
Setelah sampai ke kilang bahulu, tq GPS coz menyenangkan pencarian kilang tersebut, kami mengadakan lawatan sambil makan di sana=)
 
 

~ Pembuatan kuih bakar~

  

~ Pembuatan bahulu gulung, tq tauke bahulu bagi kami rasa..sedap bangat~

  

~ Antara  tempahan yang bakal diambil nti, huhu diorg dpt packaging baru...=(~

 
 
~ si aina yang ditertawakan oleh tunangnya akibat selalu bercakap soal "makan"~


After dari balik kilang bahulu tu semapt kitaorg lepak2 dan bercerita ngan timah di pak li...nasib la tunang2 kami ni banyak bercakap dan senang mesra=)....hehehehe so tak kekok la kami nak bergosip lama2=)

 

  

  

  

Note : Jangan lupa ambik bahulu aku taw =)

Ahad, 31 Januari 2010

Jangan serabutkan kepala ok =)

Permasalahan yang paling sengal sekarang aku lalui..hehehehehehe=)....permasalahan yang berlaku apabila mak aku last minit nak tukar doorgift untuk orang ramai tu..hahahahahahaa

Mule-mule along aku nak sponor manisan utk orang ramai tu mini kek cokelat, dengan harapan muat la nak letak sekali bersama doorgift dari aku dalam paper beg from ole-ole manis...=)

 

~ Lebih kurang la idea asal yang nak di sponsor along aku ni ~


Tapi last minit, ma'am besar reject plak idea along..hahahahahaha..kesian along n jugak aku =P kena beli paper beg lain untuk masukkan semua benda aku beli tu..hahahahhahhaha...antara satu benda yang aku rasa tak dirancang dengan baik...huhuhu....moral dr story aku ni,silalah berbincang dahulu dengan orang tua tentang apa yang nak diberi kepada tetamu kerana diaorg sgt mengambil kisah hal ni....=)

Benda yang merungsingkan aku apa yang nak diletakkan tu adalah benda di bawah ni =)....Mak aku beli kat klang, dia jual ikut kapisiti tempahan...kalau 1000 biji tanpa deco = RM1.00, kalau with deco tambah la beberapa sen=)

 

~ tidakkah sizenya berbeza dengan idea kek mini along aku tuh~



~ Aku suka packaging mcm ni, tp mahal la =P ~


Jadi senarai doorgift buat masa ni=)

i. Jemputan Biasa (Kawan2 tercinta) = Bahulu kemboja, bakul mengkuang pink roses + sapu tgn inside
ii. Jemputan VVIP= Bahulu kemboja, sapu tangan, bekas seramik kk homedeco+sweet inside

Note : Harap ni la doorgift yang betul2 confirm.........aku takde masa lagi untuk siapkan goodies aku ni =(

Isnin, 25 Januari 2010

Doorgift untuk orang ramai

Aku sangat suka pergi ke kenduri kahwin dan melihat pemberian yang diberikan.Sekarang dah jadi macam trend plak doorgift pada para tetamu tetapi bagi aku ia terpulang pada kemampuan individu dan aku merasakan aku tahu sejauh mana tahap kemampuan aku.

Seperti yang aku kata, aku hanya membeli doorgift dari online atau survey di pusat-pusat perkahwinan.Puas jugak aku mencari doorgift yang sesuai untuk diberikan kepada orang ramai yang mana bo disimpan semestinya sebangai tanda kenangan.

Setelah berpuluh-puluh blog cenderahati perkawinan yang aku lihat aku tertarik dengan sejenis doorgift ini :-
i. harganya berpatutan dan mampu untuk aku membelinya
ii. ia boleh disimpan dan dijadikan kenangan
iii. ia cantik dan manis di mataku

Doorgift ini aku tempah melalui nisa di http://gardenofgalleria.fotopages.com/, so sesiapa yang berminat banyak jugak doorgift yang dia buat kalau masih mencari doorgift untuk perkahwinan..






Note : Dalam doorgift ni my mom nak letak sapu tangan =), Tq nisa untuk tempahan pza ni =)

My Doorgift to VVIP

Bercakap pasal doorgift ni, aku jenis bukan seorang yang kreatif dan tak suka buat keje remeh.So aku decide untuk beli yang readymade or tempah je yang ada banyak kat online at least aku boleh support keje diorg tuh.

Hari tu aku saja je berjalan kat KK Home Deco n tertarik ngan satu benda ni, my tunang kata benda ni boleh bagi kat vvip means untuk sebelah laki, sedara mara n my best friends.

Mungkin Doorgift ni aku masukkan dalam uncang organza pink je =)...... aku n my tunang beli 100 pcs & 50 pcs lagi disumbangkan oleh kawan baik aku aina , tq aina for sponsor 50pcs =)



Note : Tak tahu nak isi apa cuma pk nak letak dalam uncang organza yang beli kat ayer hitam=)
Related Posts with Thumbnails