Photo Albums at WiddlyTinks.com

2 Hati Menjadi Satu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Memaparkan catatan dengan label Wajib Ada. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wajib Ada. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Februari 2010

Selesailah sudah bab ini.....=)

Finally =)......Selesailah sudah bab prosuder nikah aku...benda yang paling wajib ada sudah pun aku selesaikan....keraguan sebelum ini telah pun disettelkan nak2 bab wali...yelah risau siapa mahu menjadi wali aku nanti, tq pak uda sudi walikan pza =)......

Nampaknya hari ni bertuah betul, kaunter di bahagian nikah dan rujuk tak penuh socepat plak dapat nombor & kawan my tunang plak ada kat sana, so tak menunggu lama lah kami...hehehehe=)



So legalah hati aku apabila borang nikah telah diserahkan kepada JAWI dan borang perakuan nikah telah pun dikeluarkan oleh JAWI dengan bayaran RM25.00....hehehehhehe=)



Note :  Jumpa imam nak serahkan borang ni, pastu just tumpukan pada persediaan lain =)

Isnin, 1 Februari 2010

Aku nikahkan dikau.....


 
Kerisauan melampau nak jumpa tok kadi, gementar beb....tapi setelah dah jumpa tok kadi tu aku rasa teruja plak...=) tok kadi aku brutal beb, muda lagi =)

So tadi dah berbincang ngan tok kadi, dia suh aku g jawi then bila dah dapat fed back bgtahu dia balik. Dan memandangkan aku nak bernikah di surau rumah aku, jadi tok kadi suh dapatkan jadual daripada surau risau jika ada kuliah masa tu, dia tak nak clash la...baik kan tok kadi tu siap ingatkan aku bg borg hiv test yang warna kuning pasal aku bawak yang warna pink jumpa dia...hayak!

So bab tok kadi dah settel =)...leganya....tinggal submit di jawi sahaja.

Note : Lega bila hal tok kadi settel=)

Rabu, 27 Januari 2010

Perkara yang paling penting dalam perkahwinan kami =)

Memandangkan aku baru mewujudkan blog jadi terpaksa la meng"update" banyak benda yang mana telah kami selesaikan sebelum blog ni terbina.

Selain daripada wedding planner, photogrepher or catering yang mana dapat menunjukkan perbelanjaan yang besar ada 1 benda dimana yang sangat penting w/pun bajet nya sangatla murah iaitu prosedur pernikahan....

Perkara yang perlu dititik beratkan ialah :-
i. Borang nikah
ii. Sijil Kursus Pra Kahwin
iii. HIV Test


Apa yang mengembirakan aku adalah semua perkara di atas telah aku selesaikan cuma borang nikah aku belum diserahkan kepada JAWI lagi dimana mule2 perasaan sedih terbit dihati aku apabila melihat perkataan ''WALI" yang seharusnya menjadi milik arwah ayahku =(, apakan daya aku hanya menerima takdirNya dengan ikhlas walaupun aku sedih apabila aku sedang meniti hari-hari bahagiaku tanpanya...Akhirnya wali diwakilkan oleh bapa saudaraku memandangkan adik aku tak cukup umur lagi....



Manakala my tunang telahpun dapat kebenaran nikah luar daerah daripada Jabatan Agama Islam Pahang.






So bile everthing dah complete means ktorang da g kursus kawin n hiv test dimana menunjukkan kami -ve =)


Note : Gementar la plak nak jumpa pak imam =)
Related Posts with Thumbnails