Photo Albums at WiddlyTinks.com

2 Hati Menjadi Satu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 28 Februari 2010

Aku Mahu Melompat !!!!

Aku terfikir, petang ni lepas hantar adik aku g balik asrama nak jumpa kak siti wife kepada abg zam kat butik dia untuk ambik baju nikah....puas aku bertanya ngan kak siti berapa harga baju nikah tu, dia still senyap dan kata ''jumpa kat kedai''......

Semasa dalam perjalanan ke sana aku pun terfikir dalam otak aku apa yang bakal dikatakan oleh kak siti sebab dia tak nak bgtahu aku lanjut pasal baju nikah aku tu:-

1. Pza baju tu mahal sebab ada beading n kainnya susah nak jahit.
2. Pza, bajunya jahitannya tak berapa sbb tailor tu tersalah ukuran

Pap!Aku dikejutkan dengan suara lelaki...ngeh2.....

My hubby : Kenapa awak ni penat ke? senyap je.....

Cik Pza : Erm, takde la....(pdahal dlm otak aku berfikir macam2 je ni..uh!!!)

Sampai dibutik abg zam dengan penuh debaran.....

Kak Siti : Pza ni baju pza....

Cik Pza Dan My Tunang : Senyap dengan reaksi dibawah didalam hati

Cik Pza : Kak, baju bertandang pun dia dah siapkan, cepat btl kak!!! (dengan muka tersenyum)...

Kak Siti : A'ah, abg zam bising ckp wedding budak ni dah dekat baju nikah tak siap2, then tailor tu cepat2 buat baju bertandang pza sekali....

Cik Pza : Hehehehe bagusnya tailor tu,  Kak Siti berapa ye harga baju ni (Dalam hati yang berdebar2)

Kak Siti : @#&*+@!!

Cik Pza : @#&*+@!! ( Sampai 3x aku bertanyakan harga itu)


My Hubby : Jangan tanya lagi nanti dia cepat2 tukar harga..hehehehhe=)..
Cik Pza : Btl ke kak harga ni, jahitan dah la kemas harga murah plak tu, boleh la sy nak tempah baju kat dia pasni kan..hehehehehehe (dah pk jahat otak ni)

Kak Siti : Kalau pza nak tempah tak dapat la harga macam ni dia akan charge harga butik, kitaorg dpt  harga ni sebab harga wedding planner tapi kalau pza nak boleh la akak mintak kurang cikit....

Cik Pza : OIC, patutla harganya murah tp serius kak siti...pza puas hati dengan jahitannya...(sebab aku dah banyak g tailor kat kl, sumpah takkan dapat harga macam tu)

Kak Siti : Tailor ni memang butik pun kat TTDI, dah2 pergi try tgk ok ke tak dengan badan pza tu...

 

Aku pun pergi la mencuba baju nikah & baju bertandang tersebut...OMG!!!!!aku sangat teruja bila ia dipadankan ke badan aku, rasa berbaloi sangat dengan harga yang diberikan, tq abg zam coz menjadi wedding planner yang baik =)

 ~ Hehehe, tak sabar nak pakai masa nikah, act simple but nice~

Note : Yang penting my hubby pun puji baju nikah n bertandang ni lawa!!

OMG!


Oh My God!.....hari ni betul2 genap tinggal 2 minggu @ 14 hari lagi untuk sampai ke majlis bahagia aku tuh...kerisauan makin melanda diri ini....keletihan&kelesuan jugak makin melanda diri ini.....


~Aku gembira walaupun dalam keadaan serabot, ngee~

Perkara yang pertama yang harus aku fikiran semula adalah wedding checklist aku samada sudah boleh melonjak gembira atau melonjak kepeningan..huhuhuhu=)

MY WEDDING CHECKLITS 2 WEEKS BEFORE

1. Wedding Planner = Deposit : Done, Balance due after wedding day

2. Photographer = Deposit Done, Balance due after wedding day

3. Katering = Deposit Done, Balance due after wedding day
                    = Malam berinai disettelkan oleh along

4. Goddies = Done ..... terima kasih sesangat pada lin & her
                      mom yang banyak membuat  persiapan  untuk
                      goddies aku. =)

5. Baju Nikah -= Done

6. Hantaran = Done

7. Gubahan Hantaran - Masih dalam proses penyiapan

8. PA System & Kompang = Done ( Just bayar before wedding day )

9. Bunga Telor = Done

10. Kad Undangan = Done

11. Pelan Rumah = Masih dlm proses pembuatan aizan =) tq jan.

12. Baju Bertandang = Masih dalam proses menjahit 
                                 
13. Langsir = Dah beli cuma masih dalam proses penjahitan oleh mak ku sayang =)

14. Cadar = Done

Note : Tu je yang aku boleh ingat buat masa ni, apa pun nanti akan ku update semula dr hari ke hari =)

Jumaat, 26 Februari 2010

Khasiat Air Beras..

Di saat2 membilang hari ni, aku sibuk untuk tahu petua bagi menaikkan seri....biarla ada yang moden, tapi cara tradisional @ tradisi nenek moyang jangan dilupakan kerana setiap yang diberikan pasti ada kebenarannya kan...


Memang cara seperti facial dan spa memang basic thing yang dilakukan oleh bakal pengantin bagi menaikkan seri, tapi aku saja menggatal untuk mencuba tradisi lama, yelah dlam masa memasak nasi tu apa salahnya memanfaatkan apa yang telah di ajar oleh mak cik aku....ngeh2....

 

Proses pertama : rendamkan air bersama beras

  

Proses kedua : asingkan air rendaman beras tersebut

 

Proses ketiga : Bilas dimuka

Setelah mencuba tips di atas aku pun membuka laman web bagi mendapatkan kesahihan khasiat air beras ini dan aku mendapat khasiatnya seperti di bawah :-

Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.

Note : Selamat mencuba dan rajin mencuba lagi =)

Rabu, 24 Februari 2010

Fikiran yang mula melayang buat kali ke-2!

Kring.....kring.....kring......

Cik Pza lagi 2 minggu : Awak Private No. col la....

Bakal Suami lagi 2 minggu : Angkat la wak.....

Cik Pza lagi 2 minggu : Hello....

Private no : Pza! Abg Zam ni.....

Cik Pza  lagi 2 minggu : Owh abg zam ( wedding planner aku )

Abg Zam : Pza, baju nikah hujung minggu ni boleh ambil kat butik....

Cik Pza lagi 2 minggu : ok abg zam see u then!




Owh, ketika ini fikiran aku mula melayang lagi memikirkan macam ne la baju nikah aku ni, aku tak dapat gambarkan macam ne sbb wedding planner aku yang buatkan designnya.....hopefully muat dan lawa!.....

Note : Dah mula tak boleh menumpukan kerja pada ketika ini....ngee~~~

Selasa, 23 Februari 2010

"Kreativenye dia"..........

Hati aku tibe-tibe terdetik berkata ''kreativenya dia''......alin, merupakan rakan sebelah meje aku....dekat seminggu lebih aku perhatikan dr jauh (ayat poyo) dia membuat kotak doorgift untuk majlis pertunangan adik ipar dia....

Apabila melihat hasilnya tadi aku terasa ''kenapa la alin ni lambat sgt buat benda ni, kalau tak aku tempah je kat dia@belajar ngan dia''......sangat kreative dan teruja tgk hasilnya.....aku solute la kat lin yang kreative ni....aku rasa cun je kotak yang dibuatnya macam sm dengan apa yang aku lihat kat blog2 cenderahati yang lain....apabila membandingkan harga mebuat sendiri dengan membeli ternyata membuat sendiri sgt ''cut kos''


~ini kotak doorgift dari blog cenderhati~

mahu lihat hasil alin....


10

9

8

7

6

5

4

3

2

1

~

~

~

 

 
 ~hasil yang lebih kurang sm seperti kotak milik seorg blog cenderahati~

Jumaat, 19 Februari 2010

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Hafiza&Sanusi

Rasanya dah seminggu tak update blog kahwin aku, kepenatan aku seminggu ni untuk memastikan semua kad kahwin diserahkan...Alhamdulillah boleh dikatakan hampir 95% kad kahwin telah aku serahkan cuma beberapa keping sahaja lagi...fuh!!!!dengan nafas lega....mmg matlamat aku ingin menyiapkan kad kahwin dalam minggu ni cuz nak tumpukan plak pada doorgift yang langsung tek bergerak2....uh damn!!!! tinggal 3 minggu je lagi...harap sempat la....=)

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi hadir nanti, kedatangan anda semua pasti menyerikan majlis perkahwinan sy yang sederhana itu =)

Rasa segan jugak kan nak menjemput kawan2 ke majlis perkahwinan kita...rasa malu plak...blushing~~~~..hehehehehhehe....& thanks kepada yang memuji kecomelan kad kahwin sy ni.hehheheheh =)....


 

SAMPUL SURAT KAD KAHWIN KAMI =)

 

KAD KAHWIN KAMI, PINK =)

Note : Semoga Majlis Kami Berjalan Lancar...Amin..

Jumaat, 12 Februari 2010

Kekal Langsing menjelang hari berbahagia =)

Sebelum ini aku pernah cuba produk lain mesti kurang berkesan, tetapi bila guna produk ni aku mula nampak perubahan nya...padahal aku tak la terlalu control makan...bila ambik minuman tu aku jadi kenyang, mungkin salah satu faktor jugak buat aku jadi kurus sikit...hehehehe=)...Aku just minum berapa kotak berat badan aku turun, so aku berpuas hati ngan produk ni...

So aku tak nak la simpan benda ni sendiri, aku nak kongsi pada sesiapa yang mahu atau nak menguruskan berat badan..Sejenis minuman buah2an jenama Figure up berharga RM68.00 sekotak. So kalau berminat boleh la hubungi aku.


Note : Rasa Lega apabila menjelang majlis, berat badan aku tak naik =)

Mengalami kengantukan melampau =)

Kad kami dah siap pada 06 Februari 2010, we all buat kat LH creative kat pudu...hah!seriusly teruja sangat2..ngee2~....TQ tauke dia bg diskaun lg sebab nak raya cina kot..hehehehe...


Owh, tidak sesenang mana bila memikirkan untuk mencari alamat dan menepek kertas di kad untuk diposkan kepada kawan2 ku yang jauh....Yelah, balik kije je dah petang so masa untuk menyiapkan penulisan kad ni tertumpu di waktu malam SAHAJA...

Orang kata aku dah lewat jugak bagi kad, aku ingat nak bagi 2 weeks before wedding, tapi my tunang suruh la bagi awal sikit dan mungkin yang akan diposkan bakal diposkan pada 15 Februari selepas raya cina....

Sesekali terlintas jugak "erm, ada lagi ke yang aku tak jemput"..dalam list aku memang semuanya aku jemput, yang lain akan ditagkan je dalam fb...harap2 kalau yang tak dijemput tu sila la bagi alamat ye....kadang2 kita pun tak teringat kan, bukan tak jemput cuma terlepas pandang sahaja.....Jadi mohon kerjasama untuk memberikan alamat ye kawan2 & sesiapa mengenali aku dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan aku...=)
 
 
 
~ Masih dalam proses menyiapkannya, akan ditunjukan pabila selesai semuanya =)~

Note : Mengalami masalah mengantok sebab kena siapkan dalam masa yang singkat =)

Rabu, 10 Februari 2010

Adakah aku terlalu terperinci??

Dua hari kelmarin aku memasukkan resit pembelian barangan kahwin di dlm buku resit aku sendiri, just untuk perbelanjaan wedding....kawan aku boleh ketawakan aku sebab buat macm ni, dia kata ''mak ai, resit simpan tu''...hehehehehehhehe....aku cuma mengaplikasikan apa yang penah aku pelajari dahulu ke dlm perbelanjaan majlis aku...at least kita tahu duit kita yang banyak2 tu mengalir kemana....


Hehehe, bila aku tgk buku resit aku baru aku akan berbicara kecil di dalam hati ''owh patutla duit aku banyak dah habis sebab tahu di mana perginya, kalau tak nak simpan resit pun takpe just tulis di buku 555 je @ pun boleh jugak letak dalam excel sebb auto kan so tak yah guna kalkulator untuk mengira...hehehehehhe....=)



Kadang2 aku saja melawak ngan kawan2 & tunang aku, aku ckp ''kalau jd pape aku ada bahan bukti nak tuntut..hahahahahhaha....just joking je sebab aku tak berharap nak jd macam tu & sesiapa dlm dunia ni tak nak jadi macam tu...''menyaman bukan jalan terbaik''..


Note : apa pun cara anda, pastikan bajet dan peruntukkan yang dibuat mengikut kemampuan anda ok!, jangan pk untuk memuaskan hati orang lain sbb kepuasan orang lain smpi bile2 kita tak kan tercapai....=)

Jumaat, 5 Februari 2010

Selesailah sudah bab ini.....=)

Finally =)......Selesailah sudah bab prosuder nikah aku...benda yang paling wajib ada sudah pun aku selesaikan....keraguan sebelum ini telah pun disettelkan nak2 bab wali...yelah risau siapa mahu menjadi wali aku nanti, tq pak uda sudi walikan pza =)......

Nampaknya hari ni bertuah betul, kaunter di bahagian nikah dan rujuk tak penuh socepat plak dapat nombor & kawan my tunang plak ada kat sana, so tak menunggu lama lah kami...hehehehe=)



So legalah hati aku apabila borang nikah telah diserahkan kepada JAWI dan borang perakuan nikah telah pun dikeluarkan oleh JAWI dengan bayaran RM25.00....hehehehhehe=)



Note :  Jumpa imam nak serahkan borang ni, pastu just tumpukan pada persediaan lain =)

Khamis, 4 Februari 2010

Berapa hari mahu cuti ya?

 





Persoalan yang dah lama bermain di minda aku & hubby tetapi perlu decide end of this month untuk apply :-
i. cuti kahwin?
ii. cuti g honeymoon?

Bila difikirkan bab cuti ni jadi susah plak minda ni nak berfungsi...rasa tak boleh bergerak je pun...yelah nak cuti berapa hari dan dari bila ke bila...yelah tak kan nak ikut dan je cuti kena cek ngan baki cuti gak..hahahha=)

Buat masa ni dah bincang n decide CUTI WAJIB ambik untuk cuti kawin...cuti sunat tak confirm lagi..hehehehehe..

Note : Tgh tunggu quotation price untuk honeymoon trip from Platinum Discovery...We all jadi member, dia kata boleh dapat special price so tggu la special pricenya macam ne....

Rabu, 3 Februari 2010

Kepenatan disebabkan park kete yang jauh =)

Paper beg tambahan aku telah sampai setelah auntie kedai tu call aku tadi, aku kelupaan mengorder ratusan paper beg dan parking kereta kejauhan sedikit..hehehehehe...

So aku dan my tunang kena la mengangkat beg sampah berisi paper beg itu =)...hahahahah..kelenguhan tangan aku, sakit sendi tulang tanganku..huhuhu....apapun hati riang soal paper beg sudah siap....tinggal menunggu kad yang bakal siap pada minggu ni jugak...lega sedikit, sedikit demi sedikit benda mula selesai...

 

~ huhu, kelemahan bagi yang memiliki bonet yang kecil..hahahah~

Fikiran yang mula melayang.....

Pabila terikh perkahwinan makin hampir, macam2 perkara yang bermain di fikiran aku....pasal hantaran, mak andam, makanan & semua la yang perlu ada dalam majlis aku tu nanti....cuma setiap orang yang menghitung hari memang mcm ni =)

Baru la aku rasa perasaan nini bila hampir ke majlis yang dinantikan....memang kita mahukan kesempurnaan tetapi kita hanya mampu merancang...

Berbalik kepada kesempuranaan majlis ia berkait rapat dengan berapa perbelanjaan yang digunakan untuk majlis tersebut....kadang2 terngiang2 org berkata " buat majlis tak yah membazir"...yes!!!aku memang tak membazir kerana semua persiapan aku menggunakan bajet yang mana aku mampu keluarkan untuk majlis ini so takde isitilah membazir, kerna perbelanjaan aku banyak yang dapat masa sale =)....



Walaupun bila tgk bajet yang dikeluarkan boleh buat aku termenung tapi aku pk ni masih lagi dalam lingkungan kemampuan aku....aku just harapkan semuanya berjalan lancar w/pun majlis perkahwinan aku hanya sederhana sahaja...amin....


Note : Terima kasih my mom & my tunang aku yang banyak support aku tidak lupa juga pada pembantu2 aku terutama my bff a.k.a lin yang akan membantu aku sebelum & semasa majlis kahwin nanti =)

Selasa, 2 Februari 2010

Di renjis2 dipilis....


Salah satu elemen yang perlu ada di pelamin setiap org ketika majlis persandingan dimana orang yang merenjis akan diberikan "bungga telur".....Walaupun bunga telur merupakan elemen yang kecik namun ia merupakan pelengkap pelamin & majlis tu nanti.

Bunga telur pun aku dah settel...aku tak cerewet sangat seperti kebiasaan tapi aku minat bungga telur jenis stoking...tak tahu la fesyen terbaru ataupun aku beru je tgk pasal tak penah nak ambik tahu pun pasal bunga telur ni....pilihan bungga telur yang aku boleh cadangkan mungkin jenis bunga stoking atau bunga dip....aku sempat singgah membeli di ayer hitam dan hasilnya aku sangat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan..murah beb!


  

~ Jenis macam ni je yang mampu aku beli =)~



Note : Kalau aku ada lebih masa teringin rasanya nak belajar & buat sendiri je bungga telur ni =)

Wedding planner lyndarahim =)

Aku sangat teruja tgk blog dia, seeorang wedding planner yang bagus....aku suka apa yang dia ketengahkan....salah satunya aku suka sangat pelamin ni...aku sekrang dalam proses mencari idea pelamin aku....=)


 

~ Pelamin masa kini yang sangat cantik...impianku~


Bercakap pasal wedding planner, aku ingat nak jumpa abg zam nak g bincang pasal wedding aku tapi semuanya aku serahkan je kat dia, pasal majlis kahwin aku pun biasa je =) 

Note : Bestnya kalau ada butik sendiri kan =)


Thanks nard from ole2 manis =)

Paper beg aku dari nard(ole2 manis) dah siap =)....rasa teruja & tq cik lin kerana menolongku menampal sticker tu di paper beg brown tu...at least satu keja aku dah siap untuk penyediaan paper beg aku yang ala2 complicated tu...heheheheheh...apa pun semuanya dah settel.....paper beg tambahan yang aku terpaksa beli pun aku dah beli dan tempah, tinggal ambik je....paper beg tambahan tak la sehebat & semahal paper beg nard ni, paper beg murah je(hehehehehe)....yelah sebab aku dah overbajet pasal doorgift ni.....

 Nanti2 paper beg nard tu aku akan masukkan doorgift, kira hiasan untuk doorgift sebb aku tak nak la membazirkan paper beg yang dibeli....paper beg baru tu aku beli besar sikit supaya muat nak masukkan semua barang2....doorgift dari aku &along (mengikut kehendak mak) =)

Rasa teruja plak bila tgk sticker tu nama aku...hehehehehe...macam tak caya je nak kawin =)....heheheheh cik lin kata kenapa nama sanusi dulu...hoho,aku pun tak perasan masa buat sticker tu....just lupa nak inform nard nak mintak riben putih n pink...tp takpela salah aku jugak tak inform awal2 =)


 



Note : Tak tahu la hasilnya macam ne...dalam paper beg ada paper beg.......
huh sungguh pembaziran =(

Isnin, 1 Februari 2010

Aku nikahkan dikau.....


 
Kerisauan melampau nak jumpa tok kadi, gementar beb....tapi setelah dah jumpa tok kadi tu aku rasa teruja plak...=) tok kadi aku brutal beb, muda lagi =)

So tadi dah berbincang ngan tok kadi, dia suh aku g jawi then bila dah dapat fed back bgtahu dia balik. Dan memandangkan aku nak bernikah di surau rumah aku, jadi tok kadi suh dapatkan jadual daripada surau risau jika ada kuliah masa tu, dia tak nak clash la...baik kan tok kadi tu siap ingatkan aku bg borg hiv test yang warna kuning pasal aku bawak yang warna pink jumpa dia...hayak!

So bab tok kadi dah settel =)...leganya....tinggal submit di jawi sahaja.

Note : Lega bila hal tok kadi settel=)

Tips untuk lebih tenang sewaktu diijabkabul




Berikut disenaraikan beberapa tip yang dapat membantu anda menjadi lebih tenang dan lancar, 
selamat mecuba =)

Tip 1

Menjelang hari pernikahan anda, cuba kurangkan kesibukan diri. Ambillah cuti seminggu lebih awal untuk melapangkan fikiran. Dalam masa yang sama, pastikan segala persiapan sudah pun selesai agar hal yang remeh-temeh tidak menggangu fikiran anda kelak

Tip 2

Kini, lebih ramai melangsungkan perkahwinan di masjid. ini satu ide yang baik kerana majlis pernikahan diadakan di masjid lebih tenang dan jauh dari suasana riuh-rendah di rumah seperti suara kanak2 & saudara mara. jadi kosentrasi anda lebih tertumpu pada masjlis tersebut

Tip 3

Buatlah persediaan. Banyakkan membaca buku atau bahan2 lain tentang hukum-hakam prkahwinan. Begitu juga dengan rukun iman @ islam. Jangan tidak tahu, kini masih ramai pasangan muda yang ingin berkahwin masih gagal menghafal surah2 termasuk surah al-fatihah. Ini yang akan ditanya oleh Tok Kadi sebelum anda diijabkabulkan

Tip 4

Pilihlan pengapit di kalangan sahabat @ ahli keluarga yang paling rapat. Sewaktu menunggu tibanya waktu akad nikah, sekurang2nya anda mempunyai teman untuk berbual dan dapat menenagkan anda. W/bagaimanapun, sebaik2nya biarlah dikalangan mereka yang berpengalaman.

Tip 5

Akhir sekali, tenagkan diri anda. Jangan melayan perkara2 boleh merungsingkan fikiran. Pandanf ke hadapan & sentiasa positif. Dalam masa yang sama, perbaik diri, banyakkan amalan dan teruskan berdoa agar segalanya bejalan dengan selamat dan lacar.

Note : Aku letak gambar ekin ni sebab teringkatkan kat wedding planner aku yang mana suggestkan buat pergelangan tangan baju macam ekin ni...tapi aku tak nak =)
Related Posts with Thumbnails