Photo Albums at WiddlyTinks.com

2 Hati Menjadi Satu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 31 Mei 2010

Persiapan Perkahwinan Part 2


Agak lama tak mengupdate blog ini...setelah berkahwin sibuk keje nak update blog Just Me je....yelah sbb dah habis majlis, habislah tentang diari kahwin aku....tapi bila menghadiri majlis kahwin kawan masa zaman kecik2, teringat plak segala persiapan masa aku kahwin dulu...rasa nak balik ke masa tu, walaupun letih tapi amat seronok...banyak persiapan aku ada dlm blog kawin baik aku lin, jadi aku nak curi gambar2 dan mahu mengimbau persiapan kahwin aku dulu..boleh tak?hahaha


1. Persiapan menyediakan doorgift

a. Doorgift untuk orang ramai

Bila sebut pasal doorgift ini, susah untuk ditafsirkan apa jenis barang yang nak diberikan....hampir berminggu2 jugak aku menghabiskan masa untuk melayari internet untuk aktiviti mensurvey doorgift...nak ikut citarasa aku lagi, poket aku lagi...susah2 tu nak buat pilihan..hehehehehe...yang paling penting tahap kemampuan aku, kadang2 fikir nak jugak bagi doorgift yang lagi grand kan, tapi memandangkan poket tidak mengizinkan jadi beli yang mana aku mampu je...aku tak nak jadi macam pepatah bak kata orang "biar papa asal bergaya"....^_^

Plan asal tukang sponsor doorgift untuk orang ramai ialah kek cokelat....so kek tu semua orang akan dapat, lagipun zaman kakak aku lagi tempah kek tu...

Plan mula berubah apa bila ma'am besar nak bagi bahulu besar, tapi bila dah habis kenduri aku fikir pandai jugak ma'am besar ni, sebab bahulu tu besar dan mudah....so kenyang la makan dan tak dibuang....bahulu ni order kat meru je, macam2 dia buat bahulu, bahulu gulung, kuih bakar dll.


~ Thanks alot to aina sbb ambikkan bahulu yang beribu2 kotak ni ye ~


b. Goodies untuk teman2 dan saudara mara
1st aku kena fikirkan paper beg, 4sure aku tak nak paper beg yang biasa jumpa, mesti la nak best2 sikit kan, ala tambah sikit duit apa salahnya kan ^_^, bila dah tengak2 tertawan tgk paper beg kat blog nard
~ Macam ni paper beg saya yang saya khas berikan kepada kawan2 saya dan mengisikan goodies yang tak seberapa seperti di bawah =) sbg tanda terima kasih anda ~





ok, bakul mengkuang ni aku beli dari online je aku suka sbb ada bunga atas tu, hehehehe beli kat   gardenofgalleria dan sapu tangan aku beli di kedai jual barang2 pengantin la, aku ingat mula2 nak letak sweet je, then aku fikir letak la sapu tangan kan..

 ~ Thanks pada lin and her mom coz diorg yang tungkus lumus masukkan sapu tangan dalam kotak mengkuang ni~

c.Goodies untuk vvip

Ntahla, bukan nak beza-bezakan tetamu tetapi rasa nak beli semua benda lain2, harga tetap lebih kurang sama, takde aku belikan vvip harga yang terlebih sangat pun, harga lebih kurang je, cuma nak beraneka goodies sbb "aku suka"...hehehe..just beli bekas seramik kat kk homedeco.

~ Thanks again to aina for sponsor 50 pcs ye ~

Yey!gambar kahwin saya sudah masuk blog dia =)


Gambar saya sudah masuk blog my faveret fotographer encikjamilmadu3, act dia dah bagi aku cd siap ada video tapi aku malas nak upload memandangkan kondisi aku yang memalaskan skrg...so layan la gambar2 wedding aku oleh en pian....sikit je masuk blog aku, nak tgk lain layan la web dia ye =)

 








Jumaat, 30 April 2010

Bijak Menguruskan Perbelanjaan Perkahwinan Anda

Selepas selesai majlis perkahwin baru aku rasa masa yang sesuai untuk berkongsi sedikit tips menguruskan belanja perkahwinan dengan baik supaya wang ada disimpankan untuk perbelanjaan selepas perkahwinan, ianya sangat penting oleh kerana pastinya lepas majlis kahwin pasti pasangan pengantin merancang untuk pergi honeymoon, bercuti2 dan melawat saudara mara....semua itu memerlukan wang....

Aku agak terperinci dalam membuat segala duit masuk bagi perbelanjaan perkahwinan, ia kerana mudah dan senang untuk aku melihat duit tersebut mengalir ke arah mana....


1.1st step senaraikan perbelanjaan yang wajib disediakan oleh B2B & harus diingatkan barang2 kecil juga harus disenaraikan sebagai contoh:-

i. Wedding Planner
ii. Photographer
iii. Barang Hantaran 
iv.Kad kahwin
v. Doorgift
vi.Kompang
vii. Pa system
viii. kek pengantin


2. Setelah itu, anggaran perbelanjaan tersebut mengikut survey yang dilakukan agar perbelanjaan dapat dikenalpasti dan memenuhi bajet yang telah ditetapkan & diingatkan juga sekiranya bajet keseluruhan contohnya RM30,000.00 jadi harus menepati bajet tersebut. Survey adalah memainkan peranan yang penting agar bajet dapat dikenalpasti dengan tepat.

3. Setelah membeli barangan tersebut baru bandingkan dengan anggaran dan belanja sebenar agar perbelanjaan tidak melebihi bajet..sekiranya ada perbelanjaan melebihi bajet harus membuat pelarasan dengan barang yang lain agar bajet tak lari =)

P/S : Selamat Mencuba dan berbelanja dengan berhemah =)

Rabu, 21 April 2010

Gambar outdoor....part 1 =)

Sesi outdoor : di buat di bangunan perkim atas alasan kami yang tersendiri =)
Gambar diambil : Encik Jamil Madu3

 
                                                                  http://justweddingku.blogspot.com

                                                                                   http://justweddingku.blogspot.com

                                                                                  http://justweddingku.blogspot.com

                                                                                 http://justweddingku.blogspot.com


                                                                                 http://justweddingku.blogspot.com

                                                                                  http://justweddingku.blogspot.com

                                                                                http://justweddingku.blogspot.com

Kami buat outdoor disini kerana kami........ =) ahaks!

                                                                                         http://justweddingku.blogspot.com
Note : More picture from encikjamilmadu3 akan ku upload =)

Rabu, 7 April 2010

Honeymoon situ sana sinun =)

Setelah selesai majlis perkahwinan, capture seterusnya bagi pengantin baru adalah perkataan ''Honeymoon".....Actually kami tak kearah honeymoon tapi banyak ke arah melancong dan membeli belah....

Memandangkan kami dan resrve hotel jadi kami terus pergi ke destinasi utama berulah destinasi sampingan, alang2 berjalan biar berjalan habis =).....Sesuatu percutian yang agak baru bagi aku coz aku tak penah pergi pulau menaiki bot laju...walaupun begitu aku tidak alah pada mabuk laut mahupun mabuk darat...
                                                    

                                  http://justweddingku.blogspot.com

Aku really enjoy dan berpuas hati dengan hotel yang aku diami dan segala kemudahan dan perkhidmtan yang diberikan sangat baik....aku dan hubby sangat selesa dengan tempatnya dan sangat mesra pekerja2nya...jika berminat boleh lewati web ini, segalanya bermula disini ....=)...
http://www.arwanaperhentian.com.my/home.html







                                                          http://justweddingku.blogspot.com

Di hotel ini banyak menyediakan perkhidmatan yang membuatkan percutian kami sangat enjoy antaranya :-
1. Snorkeling
2. Diving
3. Spa & Tradisonal Massage
4. Swimming Pool ( yang mana di pulau tak banyak hotel menyediakkannya)

Kami memlih pakej kerana kami tidak mahu memeningkan kepala memikirkan aktiviti yang mana nak dilakukan jadi kami serahkan kepada hotel...Aktiviti kami selama dua hari adalah snorkeling, satu pengalaman baru bagi aku yang tak penah menyelam tgk hidupan taman laut, satu pengalaman yang sangat tak boleh aku lupakan...
                                                                                      http://justweddingku.blogspot.com
Kami jugak dibawa melihat tempat2 menarik di pulau tersebut yang paling best, telaga air berani...hehehehe, tak tahu sejarah apa cuma yang aku pasti air itu sangat sejuk..hehehehehehe
                                              http://justweddingku.blogspot.com
Yang paling buat aku rasa best kerana pihak hotel buat candle lite dinner untuk kami..hahahahaha, rasa lucu jugak tp sekali sekala rasa romatik jugak, siap ada tarian bagai taw...=)


                                                        http://justweddingku.blogspot.com
Sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana sangat seronok dan rasa tak mahu pulang pun ada..hehehehe, tapi bila memikirkan wakaf che yeh dan pasar payang terus tersedar dari hidup di pulau....hehehehehe...

Perjalan balik ke jeti kali ini agak heavy kerana air pasang, terasa sakit perut akibat hentakan air tersebut....sampai je di jeti kami terus ke kota baharu memulakan ekspedisi membeli belah di kelantan....hehehehehehe...dan nak ucap thanks pada jeff dan lin sekeluarga atas layanan yang diberikan semasa kami dikelantan =)...destinasi disana adalah wakaf che yeh...hehehe, nasibla hubby aku tu rajin melayan...rasa gile je tgk tudung2 dn baju2 yang dijual disana, dan paling best semasa aku nak pilih2 tudung, harga yang diletakkan RM28.00 jadi sesi tawar menawar dijalankan..

Puan Hafiza : Dik akak beli dua boleh la bagi RM 50.00

Adik Yang Baik Hati : Takpela kak, saya bagi RM 40.00, rezeki anak dalam perot tu...
Puan Hafiza : Rasa nak ketawa je, adakah perut aku buncit smpi budak itu berkata demikian, aku hanya mengangguk mengiakan mana tahu betul kan, at least dpt tudung murah...hahahaha

Sepanjang perjalanan tu aku ketawa kecil, dan apabila aku memberitahu perkara itu suamiku hanya tersenyum kecil...heeheheheheheh......

Memnadangkan hanya semalaman di kelantan , aku tak sempat ke pasar siti khadijah, kerana destinasi kami berikutnya pasar payang, kuala terengganu =)...macam kebiasaan disana, kegemaran aku disana hanya batik, rasa puas hati memborong batik disitu....dan aku mebeli sedikit ole2 untuk kakak2 dan teman tersayang...


                                                                                                                http://justweddingku.blogspot.com
 ~ Gambar di ambil di kuala terengganu, tertarik ngan keunikan bus ni ~

Puas jugak perjalanan kami kali ini, siap sempat juga menjengah penyu di rantau abg tetapi apa yang dikesalkan tempatnya seperti satu tempat perlancongan yang hampir pupus, tiada pengunjung yang berkunjung disana..... daerah pantai timur habis kami tawan...hehehehe...walaupun letih tapi puas hati....mungkin berfikir untuk percutian di destinasi lain plak =)

                                                                                   http://justweddingku.blogspot.com

P/s : Cepat2 sembuh ye cik abang, tidak sihat mungkin keletihan memandu =)

Rabu, 24 Mac 2010

Sesi Majlis Sambut Menantu...

Lokasi : Jengka Pahang
Tarikh : 20 Mac 2010
Tema : Baby Blue (Warna kegemaran hubby) & Santai

Sekarang tiba masa untuk majlis di sebelah suamiku....majlis diadakan hanya secara santai, tidak seperti di rumah aku yang agak besar-besaran dan heavy....ini atas permintaan hubby yang tak mahu bersanding di sebelahnya....aku sangat menghormati keputusannya kerana dia menghormati dan memberi kerjasama dalam majlis aku di sentul....

Majlis bertandang @ majlis sambut menantu biasanya diadakan di pihak lelaki apabila selesainya majlis di pihak perempuan....tapi kalau tak buat majlis pun takpe....ini adat masing2....malaysia mempunyai 14 buah negeri jadi adat yang ada pasti 14 jugak.....jadi apabila adat di satu2 negeri jangan dipertikaikan dan dipandang remeh dan disamakan.....

Aku bertolak bersama2 rombongan perempuan hari sabtu tu atas permintaan hubby aku, sebab adat di belah dia...pengantin perempuan harus dtg bersama2 pengantin lelaki diiringi dgn rombongan perempuan..itu yang diistilahkan sambut menantu oleh adat disana...jd tak yah la pihak2 tertentu mempertikaikan isu ni.....if itu bukan adat kamu, so keep quite.....jangan nak mengomen2 dan mempertikaikan adat orang lain...

Jam 0900 pagi aku bersiap2 bersama hubby ku...kami bersiap sendiri sahaja cuma make up dirias oleh kak mimi (mak andam masa tunang)...aku dah pesan kat dia awal2 ''kak mimi, pza nak make up yang soft je, sebab nak nampak santai"....dan hasilnya pun santai....masa sanding make up heavy sebab aku nak nampak lain...hehehehe...ternyata seri pengantin aku masih ada...ngeh2...meluat laki aku bila aku ckp gitu..

                                              http://justweddingku.blogspot.com
 ~ Gambar di ambil oleh rakan baik ku selamanya....Lin ~

                                                                                     http://justweddingku.blogspot.com
~ Sentiasa ditemani lin walau kemana sahaja...~

http://justweddingku.blogspot.com
 ~ Tugas baruku, menyiapkan si dia ~

                                                     http://justweddingku.blogspot.com
 ~ Pilot ~
                                                    http://justweddingku.blogspot.com 
~ Co-Pilot ~

                                                                                    http://justweddingku.blogspot.com
 ~ Kami yang dibawa :p ~

                                                                                    http://justweddingku.blogspot.com
~ hahaha, inai dijari kami, tp jgn confiuse...lin still available...eh pandai2 je aku ~

Kami sampai dijengka tepat jam 0130, jadi pak deris yang merupakan pengerusi rukun tentangga kawasan rumah aku slaku ketua rombomgan meminta kami bersolat dahulu.....dari masjid ke rumah abg tidak jauh, dr kami berarak dr masjid...

                                                                                                                  http://justweddingku.blogspot.com 
~ Ini bukan gambar nikah, jgn terkeliru ~

                                                                                                                   http://justweddingku.blogspot.com 
~ Bersama teman baik kami ~

                                                                                   http://justweddingku.blogspot.com 
~ Rombongan belah perempuan ~

                                                                                    http://justweddingku.blogspot.com 

~ Family ku yang sporting yang mengikut tema ~

Sampai je di rumah suami ku, kami disambut mesra oleh keluarga mertua ku, makanan siap terhidang dengan cantik dan sangat banyak....tak sempat lin nak ambil gambar meja pengantin kerana terlalu khusyuk makan..hahahahahahahaha....layanan yang diberikan sangat tip top, agak terkilan sedikit masa di tempat aku tak dpt memberikan layanan sebegitu kerana ramai tetamu yang hadir pada ketika pengantin diarak...

Kak ana selaku kakak sulong suamiku tak dapat hadir memandangkan dia terpaksa ke sabah atas urusan kerja...dia mengamanahkan kami memberikan bunga telur puyuh kepada para tetamu...

                                                                                                                http://justweddingku.blogspot.com 
~ sesi memberi bunga telur ~

                                                                                  http://justweddingku.blogspot.com
 ~ gambar ngan mak sebelum mak pulang ~

                                                                                     http://justweddingku.blogspot.com

                                                                                     http://justweddingku.blogspot.com
 ~ Bergambar di rumah abg ~

Setelah selesai makan, rombongan pun siap untuk gerak balik ke kl...makcik2 semua sempat berpesan

" duk kat sini elok2, best kawasan nya aman...hehehehe"

                                                                                      http://justweddingku.blogspot.com
                                                                                                                    http://justweddingku.blogspot.com
                                                                                       http://justweddingku.blogspot.com
                                                                                                                     http://justweddingku.blogspot.com
                                                                                                                                                                                http://justweddingku.blogspot.com
 ~ Lambaian terakhir...hehehehe jangan risau aku mudah menyesuaikan diri di mana sahaja...~
Related Posts with Thumbnails