Photo Albums at WiddlyTinks.com

2 Hati Menjadi Satu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 31 Mei 2010

Persiapan Perkahwinan Part 2


Agak lama tak mengupdate blog ini...setelah berkahwin sibuk keje nak update blog Just Me je....yelah sbb dah habis majlis, habislah tentang diari kahwin aku....tapi bila menghadiri majlis kahwin kawan masa zaman kecik2, teringat plak segala persiapan masa aku kahwin dulu...rasa nak balik ke masa tu, walaupun letih tapi amat seronok...banyak persiapan aku ada dlm blog kawin baik aku lin, jadi aku nak curi gambar2 dan mahu mengimbau persiapan kahwin aku dulu..boleh tak?hahaha


1. Persiapan menyediakan doorgift

a. Doorgift untuk orang ramai

Bila sebut pasal doorgift ini, susah untuk ditafsirkan apa jenis barang yang nak diberikan....hampir berminggu2 jugak aku menghabiskan masa untuk melayari internet untuk aktiviti mensurvey doorgift...nak ikut citarasa aku lagi, poket aku lagi...susah2 tu nak buat pilihan..hehehehehe...yang paling penting tahap kemampuan aku, kadang2 fikir nak jugak bagi doorgift yang lagi grand kan, tapi memandangkan poket tidak mengizinkan jadi beli yang mana aku mampu je...aku tak nak jadi macam pepatah bak kata orang "biar papa asal bergaya"....^_^

Plan asal tukang sponsor doorgift untuk orang ramai ialah kek cokelat....so kek tu semua orang akan dapat, lagipun zaman kakak aku lagi tempah kek tu...

Plan mula berubah apa bila ma'am besar nak bagi bahulu besar, tapi bila dah habis kenduri aku fikir pandai jugak ma'am besar ni, sebab bahulu tu besar dan mudah....so kenyang la makan dan tak dibuang....bahulu ni order kat meru je, macam2 dia buat bahulu, bahulu gulung, kuih bakar dll.


~ Thanks alot to aina sbb ambikkan bahulu yang beribu2 kotak ni ye ~


b. Goodies untuk teman2 dan saudara mara
1st aku kena fikirkan paper beg, 4sure aku tak nak paper beg yang biasa jumpa, mesti la nak best2 sikit kan, ala tambah sikit duit apa salahnya kan ^_^, bila dah tengak2 tertawan tgk paper beg kat blog nard
~ Macam ni paper beg saya yang saya khas berikan kepada kawan2 saya dan mengisikan goodies yang tak seberapa seperti di bawah =) sbg tanda terima kasih anda ~





ok, bakul mengkuang ni aku beli dari online je aku suka sbb ada bunga atas tu, hehehehe beli kat   gardenofgalleria dan sapu tangan aku beli di kedai jual barang2 pengantin la, aku ingat mula2 nak letak sweet je, then aku fikir letak la sapu tangan kan..

 ~ Thanks pada lin and her mom coz diorg yang tungkus lumus masukkan sapu tangan dalam kotak mengkuang ni~

c.Goodies untuk vvip

Ntahla, bukan nak beza-bezakan tetamu tetapi rasa nak beli semua benda lain2, harga tetap lebih kurang sama, takde aku belikan vvip harga yang terlebih sangat pun, harga lebih kurang je, cuma nak beraneka goodies sbb "aku suka"...hehehe..just beli bekas seramik kat kk homedeco.

~ Thanks again to aina for sponsor 50 pcs ye ~


2.Persiapan sebelum menjelang hari dinikahkan

a. sesi memasang langsir

Langsir untuk majlis aku beli kat kamdar jalan tar dan dijahit oleh ibuku sendiri =)





~ Thanks ye cik jijah n cik lin sbb tlg pasangkan langsir yang tinggi tu =P~


b. Sesi memasukkan bunga telur

Bunga telur yang harus dimasukkan sebanyak 300 biji, bunga telur aku beli kat ayer hitam =)




~Thanks pada makcik2 yang tolong datang umah buatkan bunga telur ni =) ~

c.Sesi memakai inai

Inai adalah proses terkahir sebelum aku menidurkan diri sebelum majlis besar keesokkan hari, thanks pada lin yang teman smpi ke akhir garisan =)

Untuk maklumkan aku memang tak suka pakai ukiran henna sbb aku suka yang simple2, tapi bila terbaca dalam blog pengantin lain rupanya hukum memakai ukiran2 itu adalah "HARAM"...act. banyak benda yang kita tak tahu, yang tahu main redah je...




Notakaki : Ini sahaja yang nak dipokpek kan semasa persiapan perkahwinan majlis aku, kalau ada lagi nanti aku update =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails