Photo Albums at WiddlyTinks.com

2 Hati Menjadi Satu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 19 Mac 2010

Upacara membuka hadiah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kebiasaannya upacara membuka hadiah akan diadakan pada sebelah malam selepas majlis persandingan...aku dan hubby decide nak buka pada esok malam memandangkan masih dlm. kepenatan lagi dan hadiah yang agak banyak...rasa tak larat nak buka...so malam tu hanya sempat mengemas dan mengasingkan hadiah2 ke satu sudut berasingan....=)

Thanks kepada sesiapa yang memberi kami hadiah perkahwinan, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas pemberian yang telah diberikan itu =)
 
~ Antara hadiah dr para tetamu ~

~ Antara hadiah yang sempat ambik gmbr, yang lain tetap dibuka..ehehehe ~


~ Hadiah yang hampir aku nak terbuang,,,,ingatkan beg telekung makcik mana....rupanya perfume dr perth...hehehe~

Note : tq guys yang beri hadiah pada aku....sy sungguh mneghargainya ~

Khamis, 18 Mac 2010

Majlis Resepsi Mr. & Mrs. Sanusi

Akhirnya majlis yang ditunggu2 telah tibe...majlis yang memberi tugas yang banyak pada cik p.a (lin) dan assistant2 nya (jijah,alin, nat & yan)  dimana diaorg ni akan sibuk menguruskan goddies kepada orang2 yang dtg terutama kawan2 opis, puo, sek. dan kepada pihak laki....

Kali ini mak andam aku a.ak  kak lily smpi awal sbb aku tak nak tergesa2 seperti semalam dan juga my photographer a.k.a en pian request nak tangkap gambar aku seorang after make up untuk majlis resepsi aku...
Make up dr kak lily aku tak nafikan sangat lawa sampai kan en pian kata tak yah edit pun gambar sebab make up dah lawa =)

Nampaknya kali ini aku siap awal, cuma menunggu baju resepsi aku coz baju aku dibawa oleh abg zam selaku wedding planner aku......berdebar2 aku menanti dress pink aku tu..actually 1 weeks before dah g fitting, hanya boleh fitting kerana abg zam tak puas hati dengan jahitan itu dan membuka semula jahitan itu....aku sgt respect pada abg zam, kalau org lain mahu akan biarkan sahaja...abg zam mmg the best wedding planner...

~ Bj yang aku lihat di butik terkenal syahrir, aku sangat suka warna n design nye~

Sejurus aku mengenakan baju yang sepatutnya aku pakai tetapi bukan di atas aku merasa sangat2 teruja...cantik dari baju di atas....baju resepsi aku direka khas oleh abg zam...asyik kan...malah baju ini mendapat pujian yang sangat postif oleh para hadirin yang dtg, aku tak nafikan dress aku nampak mewah (tgk la harga kan hehehehehe)...congrate abg zam....nasihat aku ialah  kepada sesiapa kalau nak cuba abg zam aku sangat2 galakkan, dia merupakan seorang pendengar dan pemberi idea perkahwinan yang baik...apa salahnya sekali sekali kita berbelanja lebih mengikut tahap kemampuan kita dan kita juga akan rasa kepuasannya nanti =)


~ Baju yang sangat cantik....sabar menunggu pengantin lelaki...hehehe~

~ Pengantin diarak dengan paluan kompang, dan kainku dipegang oleh kyn memandangkan kainku labuh seperti sindarela.ngeh2 ~

~ Pelamin yang juga mendapat tumpuan ramai, aku teruja dengan pelaminku sendiri ~


~ Acara potong kek, kek oleh abg zam ~


~ acara bebas bergambar ~

~ Sesi bergambar bersama teman, yang family nye tunggu dr en pian nak upload ~

P/s : terima kasih kepada insan2 yang menolong aku secara langsung @ tidak langsung sepanjang majlis diadakan, gambar akan diupload setelah gambar diperolehi dr en pian =)

Majlis Berinai Besar

Act. aku pun tak tahu sangat tujuan majlis berinai besar ini, cuma yang aku tahu dari makcik aku dari johor...majlis berinai kecil hanya untuk pengantin perempuan,ala yang pakai inai dijari smpi merah tu..manakala majlis berinai besar diadakan untuk mencolet inai dia pengantin perempuan dan lelaki..

Majlis berinani diadakan selepas majlis akad nikah disebelah malam...majlis berinai seperti majlis bersanding...ada paluan kompang, duduk dipelamin sambil d'renjis....

Aku fikir majlis diadakan pada waktu malam tidak ramai yang hadir, tapi dugaan aku meleset...ramai juga yang menghadiri majlis berinai..terima kasih pada yang hadir & aku nak mintak maaf atas kesulitan yang dialami...hehehehehe

Gambar sekitar Majlis Berinai Besar Mr. & Mrs. Sanusi





Seronok memakai pakai tradisional di atas dengan aksesori tradisional tu....huhuhuhu....

Rabu, 17 Mac 2010

Teruja nye melihat pelamin itu =)

Hari Jumaat 120310, abg zam memulakan tugasnya dengan membuat pelamin...aku hanya sempat ketika itu melihat pembuatan awal pelamin majlis bahagia aku tu kerana aku busy di atas menguruskan bungga telur yang belum disiapkan dan masih belum menginaikan jariku ini =)


Aku tidak sangka pelamin aku akan menjadi seperti ini, rasa teruja dan gembira terutama mendapat pujian yang agak ramai mengatakan pelamin itu sangat cantik...thanks abg zam menjadikan pelamin pza itu sangat menarik dan sangat menerujakan...serius pza teruja, pza mmg tak penah tgk pelamin macam ni lagi sepanjang menghadiri majlis perkahwinan orang lain...rasa berbaloi2!!!!



~ Note : Thanks Abg Zam Merialisasikan impian pelamin pza ~

Hantaran aku buat suami tersayang =)

Sekali lagi pink..hehehehehehe...yes!aku sangat sukakan pink that's why aku pilih tema ni.....sebenarnya warna bukan lah fashion terkini tapi pelamin dan baju semasa majlis tersebut...aku memilih warna soft pink, krim dan silver....hantaran aku pun mendapat pujian ramai....=)...kali ini aku tidak memilih bunga segar seperti di majlis pertunangan aku....thank's kak raby untuk hatntaran yang sweet sgt2 nih =)

10 dulang hantaran dr aku utk suami terchinta (termasuk sireh dara..hehehe)

1. Rings
2. Baju & Tie
3. Purse & Belt
4. Tafsir Al-Quran
5. Kasut
6. Kek
7. Buah
8. sireh junjung
9. Jam
+10. Tepak Sireh dara



~ Kemeja & Tie ~


~ Kasut ~


~ Foundant kek from hanim bakery ~


~ Jam ~

~ Tafsir Al-Quran ~


~ Tepak SIreh Dara ~
( Last minute deco by mak ngah =)

~ budak di atas sedang menambah pewangi di bunga2 tu ~'

Pernikahan ku =)

Masih lagi mengalami keletihan kerana baru lepas kenduri kahwin....walaupun penat aku sangat gembira dgn wedding aku...dari mula event sehingga hari ni, rasa bahagia sangat =) 
Tak dapat aku gambarkan perasaan itu dan masih lagi segar dalam ingatkan aku tiap detik yang berlaku...dan aku sangat bertuah kerana wedding planner yang aku upah sangat2 memuaskan hati aku...dri pakaian nikah,malam berinai, bersanding (yang paling aku rasa baju yang paling mahal penah aku pakai), pelamin (yang sangat gah) dan juga make up yang sangat mengagumkan dari lily as make up artis wedding planner aku....yang mana menjadi mendapat pujian dr tetamu yang datang...thanks alot abg zam n d' geng =)

Tanggal 13032010 aku dan suamiku, wan mohd sanusi selamat diijabkabulkan selepas solat magrib....
gambar dari photographer tak dapat lagi, aku curi gambar dr kawan2 yang datang pada malam itu....=) Terima kasih yang tak terhingga pada kawan baik aku terutama lin yang involve event aku dari mula sampai la akhir wedding aku....manakala kawan2 yang datang menolong aleen, jijah, yan, nat, aina, timah....dan kawan2 yang sudi hadir yang tak terlist nama diorg kerana ramai sangat kawan2 yang datang tak kira dari kawan zaman sekolah, politeknik dan juga kerja....

Detik pernikahan ini mengundang berbagai kenangan manis dan tetamu yang hadir saja mengetahui peristiwa lucu tersebut =)

Gambar sekitar majlis pernikahan hafiza & wan mohd sanusi










Related Posts with Thumbnails